Sesuai dengan garis panduan & SOP syarikat, pekerja bertanggungjawab ;-
• Membantu Chef De Partie untuk menguruskan tugasan dapur untuk keperluan harian, keperluan acara dan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan. • Melengkapkan mis-en-place dapur dan memastikan penyediaan dan persembahan makanan sentiasa konsisten seiring dengan polisi kebersihan makanan dan SOP syarikat. • Mengendalikan inventori dengan cermat dan memastikan penambahan stok sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa. • Membuat penerimaan stok dari Receiving Department dan mengagihkan ke seksyen dapur yang berkenaan / menyimpan di stor peyimpanan. • Melaporkan sebarang isu penyelenggaraan kepada Chef de Partie / Sous Chef dengan segera. • Bersikap fleksibel dan sedia membantu di seksyen dapur yang lain sekiranya diperlukan.
Syarat / Keperluan
• Terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18-60 tahun. • Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Sijil Profesional dalam Seni Kulinari / Hospitaliti / Pengurusan Hotel atau setaraf dengannya. • Memerlukan pengalaman bekerja dalam Coffee House / persekitaran restoran yang mengkhusus dalam kulinari Western Hot Kitchen / Western Cold Kitchen / Malay Hot Kitchen sekurang-kurangnya 4 tahun bagi jawatan Demi Chef dan 1 hingga 3 tahun bagi jawatan Commis,. • Berkelakuan baik dan bersedia bekerja mengikut syif yang ditetapkan (termasuk hujung minggu / cuti umum). • Patuh waktu kerja, boleh menerima arahan serta sedia bekerjasama dalam pasukan dalam semua keadaan.
Jika berminat, sila hubungi atau menghantar resume/CV anda ke