JASA Vila Homestay, adalah sebuah bangalo terletak di jalan enggang, taman keramat Kuala Lumpur. Berdekatan dengan KLCC, AEON Setiawangsa, MSN, Wangsa Walk, MIndef, UTM, Felda, PULAPOL dan sebagai nya.
JASA Villa mempunyai kemudahan penginapan yang penuh dengan kelengkapan dan peralatan dapur, seperti peti sejuk, dapur memasak, mesin basuh, ruang dan meja makan, dan sebagainya,
Diruang tamu, disediakan TV dan astro, kipas angin, sofa set dan Wifi.
Tiga bilik tidur set katil queen dengan aircond dan kipas serta lengkap almari solek dan wardrob.
Dua bilik air berasingan berdekatan di bahagian dapur.
Boleh masuk melalui DUKE highway, AKLEH highway and MRR2. Berdekatan dengan pengangkutan awam, seperti LRT JElatek / Setiawangsa, Bus Rapid, dan Masjid Al Ansar.
Parking didalam kawasan rumah untuk tiga kereta sahaja,
Kadar Sewa Semalam: (Isnin hingga Ahad) RM 300.00 (maximum 15 orang sahaja)
Kadar sewa adalah dikira termasuk jumlah bilangan orang dewasa dan kanak kanak.
RM20 sejam akan di charge untuk Tambahan masa sebelum masa check in (2.30pm) atau selepas checkout (12.00 pm).
Penginapan Lebih 15 orang tidak dibenarkan.
Penginap berbangsa melayu dan beragama islam sahaja di benarkan menginap di Jasa Villa.
Deposit: RM100, setiap satu malam (tidak dipulangkan, dan akan ditolak daripada jumlah bayaran penuh. Tempahan hanya akan disahkan setelah menerima deposit.(First come first served)
Masa Check In : 02.30 pm Masa Check out : 12.00pm
Sila hubungi:
Pn. Yati: +6(telepon dan whatsap sahaja) Untuk Tempahan, sila WHATAPPs, butir butir seperti berikut: Nama: Alamat: Bilangan orang: Tarikh check in: Tarikh Check out:
NOTA TAMBAHAN: 1. JASA VILLA HOMESTAY HANYA UNTUK PENGINAPAN SAHAJA. SEBARANG BENTUK MAJLIS SEPERTI MERISIK, BERTUNANG, OPEN HOUSE, BIRTHDAY PARTY, BARBEQUE, CATERING DAN BERKUMPUL DIHOMESTAY SECARA BERAMAI RAMAI TIDAK DIBENARKAN.
2. Jasavilla sekarang ini telah dibuka semula, mulai Oktober 2021.
3. Hanya penginap yang sudah mengambil 2dos vaksin, di benarkan menginap.
4. Jasavilla akan disanitasi sepenuhnya setelah pelanggan checkout.
5. Sila patuhi SOP penginapan dengan mencatitkan, nama, kadar suhu, no telephone, dan sebagainya, ketika mendaftar masuk ke homestay.
Tarikh Update: 01/10/2021
Mudah Safety Tip
Reminder! Our staff will NEVER reach out to you through other platforms or channels outside of Mudah.my. Find out more safety tips in MudahSafety!