Restoran Masakan Melayu Untuk Diambil Alih

List-ID: 99042611Yesterday 16:05
  • Description
  • Specification
  • Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera,

    Berat nak dilepaskan tapi disebabkan komitmen kerja yang selalu outstation dan akan transfer di luar Johor, kami ingin menawarkan kepada sesiapa yang ingin mengambil alih restoran kami yang berkonsepkan masakan melayu.

    Insyaa-Allah berbaloi sebab average sales mencecah 4 angka sehari. Restoran juga lengkap dengan semua perkakas, dapur, 5 chiller, kerusi meja, tempat buat minuman, dapur, pinggan mangkuk, cawan. Semua dah siap tinggal tukar management je.

    Restoran juga dilengkapi bilik loteng yang selesa untuk solat dan berehat siap dengan aircond. Boleh juga dijadikan mini office.

    Chef yang pakar masakan melayu dan dua orang pekerja yang rajin serta komited juga dah sedia.

    Ada killer menu yang dah dikenali ramai dan ada pelanggan tetap.

    Restoran dilengkapi dengan food panda dan grab. Terminal machine untuk bayaran menggunakan kad debit atau kad kredit pun ada.

    POS system juga akan diberikan. Kos untuk beli POS system ini lebih kurang RM 3,500. Tapi akan diberikan juga secara percuma. POS system ini dilengkapi dengan cash drawer, Wifi Router, printer resit, printer order di dapur dan iPad. Order dan bayaran menggunakan POS system ini akan melancarkan pengoperasian restoran.

    Sekiranya anda baru nak menceburi perniagaan F&B, kami akan kongsikan semua knowledge. Insyaa-Allah sempat sebelum kami berhijrah. Perniagaan F&B ini menyeronokkan.

    Kami juga dah ada supplier untuk bahan2 mentah seperti sayur, ikan, daging, ayam dan sebagainya. Semuanya akan kami kongsikan juga untuk memudah urusan owner baru.

    Kepada enterpreneur yang berminat, boleh hubungi saya, Zarif di talian . Nanti kita bincang2 sambil minum teh tarik. Hehe

    Insyaa-Allah berbaloi. Tinggal ambil alih dan teruskan perniagaan. Menu semua dah ready. Kalau nak tambah menu pun ok. Kami akan berikan juga Facebook page untuk diambil alih bagi tujuan marketing.

    Terima kasih.
generic-icon
USE CHAT FOR A BETTER BUYING EXPERIENCE
Have questions or want to negotiate with the seller? Use the Chat feature for a better and safer buying experience!
Do you find this ad suspicious or inappropriate?
Report this ad (List-ID: 99042611)
Is this your ad? Manage it using these links.
Loading...
Price
RM 75 000
Location
Johor - Masai
Private
Joined since: Nov 2022

Leave a message and someone will be in touch

Contact Details

By clicking "Send", I confirm that I have read and agreed with the Terms and Conditions and Privacy Policy of Mudah

Share this ad