Homestay 3 bilik tidur (King/Queen/Single bed) dan 2 bilik air di lengkapi dengan kipas syiling dan penghawa dingin. Bilik air yang bersih dan selesa sedia dengan water heater. Ruang tamu dan ruang makan dengan sofa dan meja makan disediakan. Lokasi homestay tidak jauh dari Pekan Teluk Intan dan Menara Jam Condong yang bersejarah. Bagi yang gemar dengan aktiviti malam, pasar malam yang berhampiran Menara Jam Condong adalah tempat yang menarik untuk anda kunjungi. Memandangkan lokasi yang tidak jauh dari Pekan, banyak pilihan untuk pengunjung memilih untuk menjamu selera dan berbelanja (supermarket, Giant, Eco and DIY banyak dan berhampiran). Homestay juga tidak jauh dari Hospital Besar Teluk Intan, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan, Fakulti Perubatan UITM Kampus Teluk Intan and UPSI Teluk Intan. Untuk tetamu yang memilih untuk solat berjamaah pada waktu solat anda akan merasa gembira kerana lokasi sangat hampir dengan Masjid At-Taqwa dan Pusat Perubatan Darul Shifa. Suasana kampung yang nyaman, bagi yang suka untuk merasai panorama kampung, terdapat sedikit tanah dibelakang Homestay yang dimanafaat dengan ubi dan pisang, sekiranya anda berada disana dan ada rezeki untuk menikmati tanaman, anda diizin untuk merasai ubi dan pisang hasil Homestay Al Amin.
Bagi yang memilih untuk jalan-jalan cari makan, terdapat banyak pilihan untuk anda. Mee rebus Mastan Ghani yang popular dan masakan Thai panas juga hampir dengan homestay.
Kemudahan/kelengkapan yang disediakan: Peti Television Washing Machine Peti sejuk Letrik Kattel Rice Cooker Dapur dan peralatan memasak Iron dan Iron board Towel mandi (6 helai disediakan) Sejadah & telekung Tong sampah di setiap bilik air/pantry/dapur Kawasan Parking yang selesa
Bagi yang berminat sila hubungi hp (Kak Su) untuk tempahan. Nota: Bagi yang berminat deposit sebanyak RM100 dikenakan dan akan dikembalikan selepas penyewa checkout dengan syarat tiada sebarang kerosakan atau kehilangan. Penyewa di minta mengumpul dan membuang semua sampah harian sebelum meninggalkan rumah.
Mudah Safety Tip
For safety precautions, request seller to record product video as proof that the item belongs to them. Find out more safety tips in MudahSafety!