Assalamualaikum Warga Mudah Kalau ke Bandaraya Melaka jemputlah menginap di sini. Idaman Suite @ Atlantis kondo satu bilik di tingkat 20. Ada 1 katil Queen dan 1 katil single dalam bilik tidur. Ada satu katil single dan 2 tilam tambahan di ruang tamu. Boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa dan 2 kanak kanak. Dari sini anda boleh menikmati pemandangan indah bandar Melaka dan Selat Melaka. Kondominium mempunyai kolam renang yang terbesar di Melaka. Suite dilengkapi dengan kelengkapan perabot kayu yang menarik dari zaman silam. Dekorasi dalaman yang menarik dan menawan hati. Dilengkapi dengan kemasan yang bermutu tinggi, bersih, moden dan selesa. Bilik mandi dilengkapi dengan air panas dan rainshower. Penghawa dingin di ruang tamu dan bilik tidur. Dapur induction dan peralatan memasak dan pinggan mangkuk yang lengkap untuk keselesaan anda. Berhampiran dengan Jonker Walk (Old Malacca), Pantai Klebang (coconut shake), Limbongan ( Kuih Keria) dan Dataran Pahlawan ( shop till you drop). Sesuai untuk keluarga kecil dan sederhana. Harga Rm250 untuk 2 hari 1 malam. Untuk 3 hari 2 malam cuma Rm450 sahaja. Sangat berbaloi... Hubungi Che Mat di talian atau untuk tempahan. Terima kasih Mudah...
Mudah Safety Tip
Never reveal any financial information before making or accepting a purchase. Find out more safety tips in MudahSafety!