OPERATION EXECUTIVE (Building Cleaning Industry)RM 2 300 - 3 000 per month
Syarikat kami adalah salah satu vendor terkemuka di Malaysia dalam sektor perkhidmatan pembersihan dan pencucian bangunan serta lanskap. Kami mencari calon berikut untuk mengisi kekosongan ;
_ Berpengalaman dari 3 tahun atau lebih dalam sektor pembersihan dan pencucian
pejabat, bangunan serta penjagaan lanskap.
_ Kemahiran mengendalikan 'equipment' dan 'chemical' berkaitan kerja-kerja
pembersihan dan pencucian.
_ Mahir dalam menangani sebarang tugasan dan aduan dari pihak klien.
_ Mampu mengawalselia dan memantau setiap operasi berkaitan kerja dan
dokumentasi bagi zon yang dipertanggungjawabkan.
_ Boleh bekerja di bawah seliaan minimum dan mampu bekerja di bawah tekanan
serta bersedia bertugas lebih masa dan di luar kawasan.
_ Kemahiran yang baik dalam komunikasi antara kakitangan dan membina
hubungan baik dengan klien.
_ Mahir menggunakan komputer untuk urusan dokumentasi/laporan.
_ Cergas, berdisiplin, kemas, amanah, tidak sombong dan merendah diri.
_ Memiliki diploma/ijazah dalam bidang berkaitan.