Kamal & Kamal Pest Control ialah sebuah syarikat perkhidmatan profesional kawalan serangga dan makhluk perosak. Syarikat telah ditubuhkan semenjak 13 April 1985 dan beroperasi di 9 cawangan di seluruh Malaysia dan mempunyai hampir 150 pekerja. Syarikat diiktiraf pensijilan ISO 9001, 45001 & 14001 oleh SIRIM.
Penerangan Kerja:
1. Untuk melayani dan memberi respons kepada pelanggan (pelanggan sedia ada, baharu atau bakal pelanggan) dengan penuh perhatian, kasih sayang dan empati.
2. Untuk menghadiri taklimat tender, ambil semua nota penting semasa taklimat dan serahkan semua maklumat kepada kerani pentadbiran dengan segera.
3. Untuk membantu, mengambil bahagian dan menghadiri apabila diperlukan dalam sebarang keperluan Eksposisi, Seminar dan Latihan untuk meningkatkan persepsi pelanggan terhadap syarikat.
4. Untuk menyelenggara dan menjaga semua dokumen dalam keadaan baik seperti yang dikehendaki oleh PIHAK BERKUASA BERKANUN.
5. Untuk menghadiri mesyuarat untuk memenuhi keperluan piawaian MS ISO 9001 kami.
6. Semua wang tunai, cek, pesanan tempatan dan dokumen undang-undang mesti dikendalikan dengan berhati-hati dan sewajarnya.
7. Berkomunikasi dengan Pengurus atau Ketua Jabatan masalah pelanggan yang tidak dapat diatasi secara bersendirian.
8. Untuk mengambil setiap langkah yang wajar dan praktikal untuk mencapai visi, misi dan nilai teras syarikat.
9. Untuk memenuhi keperluan standard ISO 9001, 45001 & 14001.
10. Untuk mematuhi standard Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar syarikat setiap masa.
11. Untuk menjaga dan menggunakan hakmilik syarikat dengan baik dan tidak salahguna.
12. Untuk menjaga kerahsiaan sebarang maklumat syarikat pada bila-bila masa.
13. Semua wang tunai, cek dan dokumen P&C mesti dikendalikan dengan berhati-hati dan sewajarnya.
14. dan lain-lain berkaitan
Kelayakan kerja:
-Wajib mempunyai lesen memandu D/B2 yang sah
-Memiliki kenderaan sendiri (kereta/motor)
-Komunikasi dan penampilan yang baik
-Jujur, patuhi masa , amanah & komited
-Boleh bekerja lebih masa & bekerja luar kawasan
-Boleh bekerja dalam kumpulan
-Umur 21 - 45 tahun
-Cergas, tahap kesihatan & fizikal yang baik (Fit).
-Pekerja yang berkualiti, berdisiplin & berintegriti
-Bebas dadah & alkohol
-PATUHI MASA. RAJIN.
-Patuh SOP & Bertanggungjawab
-Lengkap Vaksinasi Covid-19
Tawaran gaji:
Gaji Permulaan: RM1,700.00
Sah Jawatan (6 Bulan): RM1,800.00
Bayaran gaji setiap 1hb ke akaun bank pekerja.
+ Komisen
+ Ganjaran pencapaian sasaran:
Jan - Jun RM600.00
Jul - Dis RM600.00
Jan - Dis RM1,200.00
Bayaran gaji setiap 15hb.
Kenaikan gaji tertakluk kepada penilaian prestasi dan kelulusan dari semasa ke semasa.
Jika berminat dan memenuhi kelayakan, sila email resume ke hr@kamalandkamal.com dan hubungi segera 019.392 3992.
Tarikh Temuduga akan dimaklumkan pada calon yang disenarai pendek.
Alamat Pejabat:
Lot 9283, Tingkat Bawah, Jalan Kemaman-Dungun,24300 Kerteh, Terengganu.
Telefon: 09.826 1595
Hari & Waktu Syarikat Beroperasi:
Ahad - Khamis: 8.30am - 5.30pm