Fisher Space Pen – Model AG7 (NASA Era)
Model pen yang sama digunakan oleh angkasawan NASA dalam misi Apollo 7 tahun 1968 selepas melalui ratusan ujian ketat.
Badan diperbuat daripada brass padu dengan kemasan chrome berkilat, rasa berat solid dan sejuk bila dipegang. Menggunakan katrid bertekanan nitrogen — boleh menulis dalam graviti sifar, suhu ekstrem, bawah air dan atas permukaan berminyak.
Unit ini stok lama (NOS) lengkap kotak vintaj & manual asal. Pada badan ada ukiran “AG7 SPACE” dengan sistem mekanikal unik — tekan atas untuk keluar mata pen, tekan tepi untuk simpan.
Satu alat tulis kecil… tapi ada cerita besar dari era penerokaan angkasa. ✨🚀