Apabila anda memberikan maklumat peribadi anda kepada Mudah.my Sdn Bhd ("Mudah"), Mudah akan memproses maklumat peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:
Di mana anda telah bersetuju, kami akan meggunakan maklumat peribadi anda untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan tinjauan pelanggan (surveys), promosi-promosi dan acara-acara:
Jika anda tidak mahu maklumat peribadi anda digunakan untuk komunikasi-komunikasi seperti ini, atau jika anda ingin menukar fikiran anda mengenai persetujuan yang telah anda berikan mengenai perkara ini, sila hubungi kami di dpo@mudah.my atau 03-2712 3225. Arahan bertulis terkini anda kepada kami akan diguna pakai.
Kami memerlukan maklumat anda. Sekiranya anda gagal untuk memberikan semua maklumat seperti yang diminta, kami tidak dapat menyimpan rekod yang lengkap mengenai anda, dan ini akan menjejaskan keupayaan kami untuk mencapai tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.
Kami mungkin menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (termasuk yang berada di luar negara) untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas:
Kami mungkin akan menzahirkan maklumat peribadi anda jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau secara telus, jika tindakan tersebut adalah perlu untuk (i) mematuhi keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau (ii) untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak atau harta Mudah dan syarikat-syarikat yang berkaitan dan bersekutu dengannya.
Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan, aduan, permohonan untuk mengakses, membetulkan atau menghadkan hak kami untuk memproses maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi Ketua Pegawai Data kami di dpo@mudah.my atau 03-2712 3225. Sebarang permohonan untuk akses atau membetulkan data peribadi mungkin tertakluk kepada fi dan undang-undang privasi atau perlindungan data.
Untuk maklumat lanjut berkenaan bagaimana kami melindungi maklumat peribadi anda, sila rujuk ke Privacy Policy kami.
Click this link for English