Banglo satu tingkat yang cantik dan luas berkonsepkan ala resort di kawasan kampung, namun dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berhampiran. Baru diubah suai dan berada dalam keadaan yang sangat terjaga.
Butiran Hartanah:
Luas Binaan: 8,700 kps
Luas Tanah: 38,800 kps
Bilik: 5 bilik tidur luas + 1 bilik pembantu
Bilik Air: 6 buah
Kelengkapan: 8 unit penyaman udara (AC), CCTV
Kemudahan Luar: Kolam renang berbumbung, teres untuk majlis keramaian, kawasan BBQ, kolam ikan dengan air terjun, air fountain buaian kanak-kanak, serta padang luas untuk golf putting atau futsal.
Lanskap: Pokok buah-buahan matang (kuini, rambutan, cempedak, manggis).
Sistem Air: Air percuma dari telaga tiub (tube well) dengan sistem penyiraman automatik untuk tanaman.
Parkir: 3 petak berbumbung dan ruang parkir luas di atas paving stone.
Lokasi Strategik:
6.8km ke Elmina Lakeside Mall & Q Bistro Denai Alam.
20 minit ke One Utama.
Berhampiran Masjid (1km), Econsave, kedai-kedai, pasar malam, dan kedai makan.
Akses mudah ke LRT & MRT (9km), Lebuhraya Guthrie (3km), NKVE (9.4km), dan DASH.
Hartanah yang sangat berbaloi untuk dilihat sendiri. Temujanji melihat rumah sahaja.
* This is for reference only and is not a quote. Results vary according to different financial institutions. Mudah.my doesn't guarantee it's accuracy or applicability to your circumstances.
* This is for reference only and is not a quote. Results vary according to different financial institutions. Mudah.my doesn't guarantee it's accuracy or applicability to your circumstances.