Banglo Fully Furnished di Morak (berdekatan jambatan ke-2 ke KB)
Banglo Fully Furnished di Morak (berdekatan Jambatan 2 ke KB, sedang di bina)
Nikmati suasana kampung yang tenang dengan pemandangan sawah padi yang indah serta burung bangau. Banglo setingkat dengan halaman luas dan kelengkapan rumah ini sesuai untuk penginapan bersama keluarga.
📍 Lokasi: Kampung Wakaf King, Bendang Morak
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
• 4 bilik tidur dan 3 bilik air. • 3 unit penyaman udara dan 2 unit pemanas air. • Ruang tamu yang selesa, lengkap dengan sofa. • Ruang makan dengan meja untuk 6 orang. • Dapur dilengkapi periuk elektrik, cerek elektrik, dapur gas dan peralatan asas memasak. • Sudut kopi dengan minuman panas dan air mineral percuma. • Seterika dan papan seterika. • Kelengkapan solat. • Rumah dilengkapi jeriji keselamatan. • Tempat letak kereta berbumbung. • Halaman luas untuk keselesaan seisi keluarga.
KEMUDAHAN TAMBAHAN (Tempahan berasingan diperlukan)
🔥 Tempat barbeku. 🏊 Kolam angin untuk kanak-kanak.
LOKASI BERDEKATAN
• Pasar Raya Pantai Timur. • Stesen minyak Petronas dan Petron. • Costa Coffee. • Masjid Bandar Warisan SPP. • Kampung Laut – serunding dan dodol. • Bandar Tumpat. • Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor. • Pantai Sri Tujuh. • Nasi Kerabu Kak Chik. • Nasi Air Dingin. • Laman Warisan Seni Kampung Laut.
PERATURAN PENGINAPAN
• Dilarang merokok di dalam rumah. • Penginapan untuk keluarga dan tetamu yang mempunyai hubungan mahram sahaja.
Untuk pertanyaan harga, kekosongan dan tempahan, sila hubungi: