Banglo Setingkat Dan Tanah Kebun Mangga HaruManis Untuk Dijual-PERLIS 1
15

Kangar, Perlis

RM 649,000

Bungalow House For Sale

, posted 11 hours ago
RM 649,000Kangar, Perlis
PhotoCrop

3,342

 sq.ft

Bed

5

 Bed

Bath

5

 Bath

blurred ai summarizer
App Exclusive
Mudah AI highlights what matters. Decide faster.
Get the Mudah App
4.7
200K+ reviews

Description

Banglo Setingkat Dan Tanah Kebun Mangga HaruManis Untuk Dijual-PERLIS

* Lokasi Rumah Banglo Setingkat (3,342 sq.ft) di atas tanah kebun Mangga HarumManis (17,835 sq.ft) di Mukim Beseri, Perlis. Terletak ditepi jalanraya, Jalan Padang Melangit, Beseri, Perlis, dengan jarak 10.5 km dari Bandar Kangar.

* Lokasi Banglo di Perlis yang amat menarik, di tepi jalanraya utama Kangar ke Empangan Tasoh/Padang Besar. Pada awal pagi, keadaan tenang daripada kesibukan jalanraya, berkabus selepas hujan pagi, melihat Banjaran Nakawan yang memisahkan Perlis dengan Satun, Thailand. Jarak ke Sempadan Wang Kelian atau Padang Besar adalah sekitar 20 km.

* Lokasi terletak di persekitaran sawah padi dan dusun Mangga HarumManis. Permandangan sawah padi yang menghijau seluas mata memandang menyejukkan hati dan mata. Pada sebelah petang, ramai orang beriadah dengan memancing ikan puyu dan ikan sepat di taliair sawah sepanjang tepi jalan.

*Terdapat 10 pokok mangga termasuk Mangga HarumManis yang telah mengeluarkan hasil. Musim 2026, pokok Mangga HarumManis menghasilkan lebih 700 biji dengan purata berat setiap 3 kg adalah 7-8 biji. Harga pasaran pada 2026 bagi setiap 3 kg adalah sekitar RM100.00. Hasil jualan 2026 sekitar RM5000.00

* Rumah Banglo setingkat mempunyai keluasan rumah berdinding 3,342 sq.ft. Terdapat tambahan ruang taman dalam kawasan berdinding batu seluas 1435 sq.ft. Kawasan taman dalam rumah yang menarik dan amat sesuai untuk kawasan bermain anak-anak kecil dan kanak-kanak, tidak terdedah kepada bahaya dalam persekitaran yang selamat. Kaluasan kawasan taman ini juga sesuai sekiranya ingin membina kolam renang persendirian.

* Rumah ini dibina di atas tanah sendiri berkeluasan 17,835 sq.ft dan memiliki geran sendiri (cuma geran berkongsi 2 orang dan urusan pecah geran akan dilakukan sekiranya terdapat pembeli). Masih ada ruang kosong tanah seluas sekitar 14,500 sq.ft, dan keluasan tersebut masih boleh menampung pembinaan 3 unit rumah bersaiz Rumah Mesra Rakyat.

* Rumah Banglo ini dibina dan didiami pada 2013. Keadaan keseluruhan rumah amat baik, tiada sebarang kerosakan atau kebocoran. Semua talian elektrik (wiring) dan talian paip air (piping) masih elok tanpa sebarang kerosakan. Cat dinding luar yang masih tidak pudar, menggunakan cat jenis tahan cuaca (weathershield).

* Ruangan rumah banglo ini:
1. Terdapat 7 pintu masuk (3 pintu besar adalah pintu gelongsor dan 4 pintu kayu) iaitu rumah ini boleh dimasuki dari mana-mana bahagian;
2. Terdapat 5 bilik tidur (termasuk 1 bilik tidur besar yang boleh dijadikan dewan untuk kegunaan mesyuarat atau majlis). 1 bilik tidur tetamu yang terdapat pintu keluar, tanpa melalui dalam rumah;
3. Terdapat 5 ruang tamu/dewan (termasuk 1 dewan makan yang luas);
4. Terdapat 5 bilik air/tandas termasuk bilik air privasi dan bilik air umum;
5. Terdapat 2 dapur yang luas untuk dapaur basah dan dapur kering;
6. Serta terdapat 2 bilik am iaitu bilim khusus untuk seterika dan jahitan.

* Terdapat tambahan 2 bangunan parkir/setor berbumbung disebelah belakang rumah. 1 bangunan parkir boleh menempatkan 3 buah kereta dan 1 bangunan parkir lagi termasuk setor boleh menempatkan sebuah kereta dan beberapa buah motor.

* Rumah banglo ini sesuai untuk penginapan keluarga yang besar atau dibuat sekatan untuk menjadikan 3 unit rumah berkembar. Memandangkan lokasi rumah terletak dikawasan eco-perlancongan, ia boleh diubahsuai menjadi homestay.

* Begitu juga, memandangkan rumah banglo mempunyai banyak bilik dengan berbagai keluasan serta dapur yang mewah, ia juga sesuai untuk dijadikan pusat pendidikan (educational center) seperti Pusat Tuition atau Madrasah alQuran.

Property Details

Property Type

Bungalow House

Tenure Type

Freehold

Land Title

Malay Reserved

Private advertiser

Joined since: Jun 2018

View profile page

Mortgage Estimation

RM 2,722

Estimated monthly installment (Interest rate 3.8%)

⚠️ This is for reference only and is not a quote. Results vary according to different financial institutions. Mudah.my doesn't guarantee it's accuracy or applicability to your circumstances.

Is this your ad? Manage it using these links:

Share This Ad

Is this ad suspicious or inappropriate?

Report this Ad(List-ID: 116112313)