Bilik Sewa Fully Furnish Wanita Bujang Muslim di Kangar Perlis
Assalamualaikum. Anda mencari bilik sewa? Saya ada menyediakan bilik sewa yg direka khas buat mereka yg pentingkan privasi & keselesaan yg maksima! Ruang rumah yg besar, setiap bilik untuk 1 penyewa sahaja, lengkap perabot, berhawa dingin, ada dapur & peti ais boleh memasak, ada washing machine auto utk cuci pakaian & pelbagai kemudahan lain. Paling penting, kawasan kediaman sgt strategik berdekatan pusat bandar Kangar, fasiliti lengkap & selamat bebas banjir! Barulah harga sewa yg kita bayar setimpal & berbaloi!
Sesi kemasukan : SEGERA
Jenis rumah : Rumah Teres 2 tingkat di Taman Ceria 2
Medium Bedroom Atas (RM350/sebulan) - Lampu ceiling - Kipas ceiling - Air conditioner (Perlis sgt panas ye! Jadi mmg berbaloi ambil bilik berhawa dingin) - Katil Single + Tilam + Bantal - Almari baju bercermin - Langsir tingkap - Toilet dalam bilik attach dgn bilik medium sebelah lagi.
Kemudahan Lain Yang Disediakan : * Sofa 5 seat * TV SHARP 40’ dengan siaran Astro NJOI * Langsir di sliding door * Meja makan 4 seat * Peti Ais Panasonic * Kabinet dapur 2 tingkat * Kabinet dapur memasak + tong gas (Boleh memasak) * Mesin basuh TOSHIBA 8kg (Fully Auto) + Porch kereta muat untuk 2 unit kereta. Dah penuh di porch, kereta selebihnya boleh parking luar depan rumah kerana masih ada ruang luas tanpa halangan. + Tekanan air yang laju dengan pemasangan mesin alatan bantuan pam air. (Ini penting ye! Jadi tak akan ada masalah tekanan air perlahan walaupun apabila sedang menggunakan mesin basuh atau mana2 bilik air yang sedang menggunakan air juga) + Ampaian baju disediakan di luar belakang rumah.
Lokasi strategik : * 3 minit dari Bandar Kangar yg mempunyai segala kemudahan berdekatan seperti pasaraya, restoran makanan, stesen petrol, hospital, sekolah, pejabat pos, balai polis, minimart & sebagainya seperti : - Masjid Tuanku Syed Putra (550m / 2min) - Stadium (1.5km / 3min) - Hospital Tuanku Fauziah (2.9km / 6min) - The Store (3.4km / 8min) - McDonalds (3.8km / 9min)
Ringkasan Terma & Syarat : - Rumah ini adalah untuk sewaan bilik sahaja. Terdapat 4 bilik dan hanya SEORANG PENYEWA sahaja bagi SETIAP 1 BILIK. (Sesuai untuk yang mementingkan privasi & keselesaan maksima) - Sewa bilik bulanan tidak termasuk bil air & elektrik bulanan. - Kemudahan yang terdapat di ruang selain dalam bilik masing2 seperti ruang tamu, ruang makan, dapur & sebagainya haruslah dikongsi bersama penyewa bilik yang lain secara berhemah. - Sewaan bilik dibuka kepada PEREMPUAN BUJANG MUSLIM sahaja. - Bayaran deposit adalah 1+1 dan RM100 (untuk deposit utiliti air & elektrik) - Kontrak sewa minimum 1 tahun - Perjanjian bersurat akan dibuat dengan terma & syarat yang lebih terperinci.
>> Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi / whatsapp ke (Fazli)