Description
Bilik Sewa Lelaki
Bilik Untuk disewa di Pangsapuri Segar Ria, Taman Segar, Cheras, Kuala Lumpur
MAAF DIPOHON, MINTA BACA SAMPAI HABIS DAN FAHAMI SEBELUM MENGHUBUNGI SAYA, TERIMA KASIH !
Alamat : Pangsapuri Segar Ria, Jalan 1A,
Taman Segar, Cheras,
56100, Kuala Lumpur.
Bilik ada selagi iklan ada.
Bilik no 1 seperti dlm gambarajah.
Unit di tingkat 8, Blok C.
RM 300.00 per bulan.
Deposit 2 bulan sewa.
Untuk lelaki melayu dan muslim sahaja.
Warganegara sahaja.
Keluasan bilik 10 kaki x 11 kaki.
Parkir kereta terbuka dan bebas.
Parkir motosikal dibahagian bawah rumah, terlindung dari hujan dan panas.
Kawasan kediaman dan rumah dipasang dengan CCTV didalam lif, parkir kereta, parkir motosikal dan sekitar kawasan rumah.
Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut :
1. Akses Internet.
2. Katil dan tilam.
3. Almari pakaian.
4. Mesin basuh.
5. Peti sejuk.
6. Peralatan memasak termasuk gas disediakan.
7. Tak perlu bayar Bil elektrik.
8. Tak perlu bayar Bil air.
9. Tak perlu beli gas memasak.
(Sewa adalah termasuk semua diatas anda cuma perlu bayar RM 300.00 sebulan sahaja)
10. Kontrak perjanjian sewa bilik akan disediakan.
Penting :
1. Hanya yang menjaga solat 5 waktu sahaja.
2. Bilik hanya untuk seorang sahaja.
3. Tidak dibenarkan sama sekali untuk membawa rakan masuk atau tumpang bermalam dirumah.
4. Bekerja tetap.
5. Membayar sewa tepat pada waktunya.
6. Orang yang tak merokok.
7. Memahami konsep saling menghormati.
8. Bukan jenis tangan panjang.
Hanya yang menerima syarat-syarat diatas sahaja yang diterima supaya tidak timbul masalah dimasa hadapan.
Maaf dipohon untuk penulisan yang panjang, ini kerana saya tidak mahu melalui pengalaman buruk yang sama seperti sebelum ini.
Terima kasih kerana telah membaca dan memahami.
Boleh hubungi saya jika berminat.
Jika panggilan anda tak dijawab sila hantar mesej berkenaan apa, ins sha allah saya akan seberapa segera membalas panggilan atau mesej anda.
Saya Tuan Rumah dan tinggal di salah satu bilik. Rumah ada 3 bilik tidur 1 bilik mandi dan 1 tandas tiada pengubahsuaian atau tambahan bilik (boleh lihat dalam gambarajah).
Terima kasih.