*BILIK SEWA MURAH DI PASIR GUDANG, JOHOR* (UNTUK ISLAM SAHAJA) *KOSONG MULAI 1.6.26* *Satu orang sewa cuma 200.00 SEBULAN. LENGKAP PERABUT DAN ALATAN.* PERTANYAAN: *Tel * Haji Mohd. Taib bin Abdullah
Blok 29, Tingkat 2, No.23 Persiaran Cendana, Taman Cendana, 81700 Pasir Gudang Johor (+-3km dari pusat bandar Pasir Gudang/ kawasan perusahan Pasir Gudang/ Politeknik Pasir Gudang)
A: *SYARAT PENYEWAAN YANG MESTI DIPERSETUJUI* 1. *KHUSUS KEPADA LELAKI ISLAM BUJANG/MEMBUJANG SAHAJA.* 2. PENYEWA WAJIB MEMATUHI PERATURAN Yang ditetapkan Pemilik Rumah & peraturan 'JMB' yang di maklumkan dari masa kesemasa selagi ingin menduduki unit sewaan. 3. SATU (1) bilik *berkongsi* DUA (2) orang. 4. Bayar sewa SEBELUM MASUK/ DUDUK. Bayaran berikutnya mesti dibuat sebelum 10hb bulan menduduki. 1 orang sewa cuma RM200.00 sebulan (bayaran 200.00 sebulan telah termasuk api, air, iwk & yuran perbadanan JMB.) 5. *ISTIMEWA - Tiada deposit dan langsung tiada bayaran tersembunyi.* 6. *TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI MEMBAWA ORANG LUAR KE DALAM RUMAH SEWA. Bertujuan menjaga keselesaan penyewa lain, mengelak kecurian dan pelbagai fitnah.* 7. PENGHUNI/ PENYEWA "WAJIB" menyantuni sahabat serumah dan wajar beramah mesra serta kerap tegur menegur. 8. PENGHUNI "WAJIB" BERSAMA2 MENJAGA KEHARMONIAN KEJIRANAN 9. Penyewa diminta tidak makan di dalam bilik kongsi bagi mengelakkan kehadiran semut dan lipas serta bilik comot / kotor. 10. Tidak dibenarkan sama sekali membela/ memelihara/membawa haiwan peliharaan ke dalam rumah. *11. Tidak dibenarkan sama sekali mengisap rokok / vape dan seumpamanya didalam rumah/ bilik. Mengisapnya perlu diluar rumah* 12. Penyewa dipertangung jawabkan bermuafakat untuk menjaga kebersihan pingan mangkok selepas digunakan, kebersihan tandas dan bilik air, kekemasan dlm peti sejuk, kebersihan kipas dan kebersihan dalam rumah keseluruhannya pada setiap masa 13. Rakan serumah diminta dan diharapkan bersama-sama sentiasa memantau tingkah laku semua penyewa dan melapurkan kepada pemilik rumah atau polis dan pihak berkuasa dgn segara jika ada penghuni yang dilihat meragukan tingkah lakunya atau melanggar peraturan sewaan. 14. Pemilik rumah berhak dari masa kesemasa memasuki rumah/ bilik sewaan untuk memantau/ kunjung ziarah rumah sewaan yg didiami penyewa. 15. *Setelah berbincang dan penyewa bersedia/ bersetuju mematuhi semua syarat/ perjanjian menyewa, penyewa dikehandaki sendkan/ menyerahkan potostat ic (berpalang "dokumen sewa bilik milik Mohd. Taib) 16. Setelah para 15 disempurnakan, pemilik rumah akan memberikan no.akaun dan nama bank untuk bakal penyewa 'bank in' bayaran sewa bulan pertama menduduki. DENGAN MEMBUAT BAYARAN PERTAMA DIANGGAP PENYEWA RUMAH DAN PEMILIK RUMAH BERSETUJU DENGAN SEGALA PERATURAN DAN MEMATUHINYA TANPA GAGAL. 17. Pemilik rumah akan mengaturkan serahan kunci rumah kepada penyewa setelah para 16 di sempurnakan. 18. Kemudiannya Penyewa boleh mula memasuki dan menduduki rumah sewaan mengikut tarikh yang dipersetujui diantara pemilik rumah dengan penyewa rumah.
*JIKA GAGAL MEMATUHI PERSETUJUAN / PERJANJIAN INI, Pemilik rumah akan meminta penyewa untuk berundur dari menyewa rumah ini dengan sertamerta.*
B: RUMAH DILENGKAPI PERABUT & ALATAN YANG SELENGKAPNYA. 1. Katil bujang kayu cantik & kukuh 2. Tilam tebal & selesa). *3. Cadar, bantal & sarung bantal bawa sendiri)* 4. Cermin muka besar setiap bilik 5. Jam dinding di ruang tamu. 6. Prim hiasan di ruang tamu 7. Kipas angin siling setiap bilik 8. Laci pakaian untuk setiap orang 9. Ampaian pakaian secukupnya 10. Plug kekal setiap bilik 11. Mesin basuh semi auto. 12. Peti sejuk nan fros tinggi 4 kaki 13. Meja makan kayu solid 14. TV serta Mytv 15. Cerek air & Rice cooker 16. Seterika dan papan 17. Pingan mangkok & periok belanga 18. Dapur gas dan tong gas 19. Rak kasut secukupnya 20. Sofa disediakan 21. Langsir cantik sepenuhnya 22. Air bilik mandi jenis siraman 23. Bilik air + tandas jenis duduk 24. Paking motor & Paking kereta insyallah secukupnya (tidak berbumbung) 25. Rumah bersih, kemas dan teratur. *DI BERI KEPADA SIAPA DULU.*
Property Details
Property Type
Flat
Furnishing
Fully Furnished
Carpark
1
Floor Range
Low
Rental Deposit
RM 200
About Taman Cendana
Jalan Cendana, Taman Cendana, 81700 Pasir Gudang, Johor