Bilik sewa TamanHappy Tg Malim-tak sharing-Perempuan shj-dari Aug 2026
Maklumat Terperinci Available bilik utk disewa. Taman Happy Tanjung Malim Perak-Depan Pintu Utama/Barat UPSI Kampus Lama.
1 bilik 1 org-tak sharing Untuk bayaran dari bulan semasa shj. Berharga rm250 sebulan.
-Perlukan housemate perempuan melayu sahaja. -Preferred penghuni yg boleh byr sewa ontime dan online. -Bayar sewa bulanan pada awal bulan untuk bersambung menyewa bilik. -Pembersih-Preferred penghuni yg sukakan halaman yg bersih dan ada displin menjaga kebersihan seperti : -Tidak dibenarkan tinggalkan sampah di area berkongsi seperti bilik air, dapur, sinki dan lain-lain tempat berkongsi. -Mesti kemas atau bersihkan segera semula pinggan, mangkuk, peralatan memasak dan lain-lain yang telah digunakan, supaya pengguna seterusnya dapat menggunakannya segera tanpa sebarang pergangguan.
************************* -Jumlah pertama kali confirm sewa bilik ialah 1 bulan deposit rm250 + sewa bulanan semasa rm250. Total rm500. -Bilik disewa untuk tempoh minimum dua bulan atau lebih. *************************
Jk berminat utk melihat halaman umah sewa dan halaman dalam bilik sewa,
Sila buat appointment dgn whatsapp Uncle terlebih dahulu utk mengesahkan bila anda free? dan lebih kurang pukul brp? (klu boleh waktu tengah hari atau ptg) supaya mengaturkan masa yg sesuai dan semak status terkini kekosongan bilik. Jk ada apa-apa perubahan uncle akan balas balik. -Status bilik sewa adalah lebih kurang sama seperti foto bilik yg dipaparkan skrg.
-Selepas lihat bilik atau halaman umah sewa dan jk ingin confirm booking dan sewa bilik, sila whatsapp uncle dptkan bank a/c utk byr 1 bulan deposit rm200 + sewa bulanan semasa rm200. Total rm400 utk confirm bilik.
-Bayar sewa bulanan seterusnya setiap awal bulan atau selewat-lewatnya pada 10hb.
-Deposit dan sewa bilik tdk dipulangkan jika tdk jadi sewa.
-Sewa bilik-"Monthly basic" -Deposit akan "Burn" dan tdk dipulangkan jk tidak terjadi menyewa selepas bayar, atau pindah keluar bilik tanpa "One Month Notice".
-Baki Deposit dengan Tunai selepas tolak bil yang ada hanya akan dikembalikan pada hari terakhir penyewaan bilik, Atau semasa pemulangan Kunci bilik slps kemas semula bilik, selewat-lewatnya pd hari terakhir bulan tersebut, dgn syarat memaklumkan sekurang-kurangnya 1 bulan sblm pindah keluar.
-Sewa bulanan tidak termasuk caj bil letrik, bil air dan caj gas masak. Dimana bil letrik dan bil air semasa boleh dibayar pada masa pembayaran sewa bulanan yg akan datang. -Bil Letrik ,bil air dan caj gas masak, dikongsi dgn bahagi bilangan pengguna. -Bil letrik average rm15-rm30 sebulan sorg, bil air average rm5-rm15 setiap dua bulan sorg. Kongsi di kalangan pengguna.
-Slps confirm bilik, sila maklumkan awal slps pasti bila? dan lebih kurang pukul brp? akan sampai di tempat sewa utk mengambil kunci bilik.
Kemudahan asas: -FREE UNIFI, Dapur Masak, Mesin Basuh automatik. -Dlm bilik ada almari, meja, kerusi, siling fan, katil/tilam - Jln kaki 2 minit ke UPSI Lama - Dekat dgn kedai 7-11/mkn/runcit dll. - Dkt pekan, KTM dan UPSI Baru +-5Km-Proton City
Lokasi : -Jalan Hg Utama, Taman Happy, 35900 Tanjung Malim, Perak -Rumah setingkat sebelah kanan Sekolah Methodist +-80 meter dari depan Pintu Utama UPSI Kampus Lama (Pintu Barat), depan padang besar Upsi Kampus Lama -Taman di sebelah kiri Poliklinik Syifa
Link Alamat Area rumah bilik sewa adalah seperti link dibawah
https://maps.app.goo.gl/uQasP32puetQkNeB6?g_st=aw
SOP mengekalkan kebersihan dan keharmonian rumah sewa.
-Sampah tidak dibenarkan tinggal di dapur atau tempat berkongsi, sila letak atau gantung di depan pintu bilik masing-masing agar tidak lupa membuangnya kemudian, atau langsung membuang sampah ke tong sampah yang tersedia di luar rumah sewa.
Jika ada sampah atau barang yg bermasalah dan terganggu -Sila hantar message atau gambar secara peribadi kepada uncle untuk "Follow Up". -Atau boleh juga hantar message atau gambar ke "Grup Sewa Uncle" untuk ingatkan mereka yang mungkin terlupa untuk "Follow up". -Atau jika anda berasa tidak sesuai untuk mengadu secara terbuka, sesiapa sahaja boleh langsung memindahkan barang tersebut ke sudut garaj untuk "KIV", agar masalah tersebut tidak mengganggukan semua penghuni dalam tempoh yang lama.
Kebersihan rumah sewa dan bilik masang-masing, dan juga hargai barang yang ada di rumah ini adalah tanggung jawab semua setinggan.
Fasiliti sedia ada jika bermasalah berulang dan tidak terkawal selepas nasihat dan notis diberikan, ia akan dibatalkan selepas itu.
Dengan demikian kebersihan dan keharmonian rumah boleh kembali dalam masa terdekat.
Kerjasama daripada semua pihak adalah amat dihargai. Harap maklum dan Terima kasih daripada Uncle.