Kamal & Kamal Pest Control ialah sebuah syarikat perkhidmatan profesional kawalan serangga dan makhluk perosak. Syarikat telah ditubuhkan semenjak 13 April 1985 dan beroperasi di 9 cawangan di seluruh Malaysia dan mempunyai hampir 150 pekerja. Syarikat diiktiraf pensijilan ISO 9001, 45001 & 14001 oleh SIRIM.
Penerangan Kerja: 1. 1.Mencari pelanggan baru dan mempromosikan perkhidmatan syarikat. 2. Membuat lawatan tapak, memahami dan mencadangkan penyelesaian yang sesuai keperluan pelanggan. 3.Mengumpul maklumat lengkap pelanggan bagi penyediaan sebutharga yang tepat & menguntungkan syarikat. 4.Membuat susulan jualan, menjaga hubungan baik dengan pelanggan dan memastikan kepuasan pelanggan. 5.Mencapai sasaran jualan serta objektif ISO berkaitan, termasuk berhubung baik dengan jabatan lain bagi memastikan kualiti perkhidmatan. 6. Untuk menyelenggara dan menjaga semua dokumen dalam keadaan baik seperti yang dikehendaki oleh PIHAK BERKUASA BERKANUN. 7. Untuk menghadiri mesyuarat untuk memenuhi keperluan piawaian MS ISO 9001 kami. 8. Semua wang tunai, cek, pesanan tempatan dan dokumen undang-undang mesti dikendalikan dengan berhati-hati dan sewajarnya. 9. Untuk memenuhi keperluan standard ISO 9001, 45001 & 14001. 10. Untuk mematuhi standard Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar syarikat setiap masa. 11. Untuk menjaga dan menggunakan hakmilik syarikat dengan baik dan tidak salahguna. 12. Untuk menjaga kerahsiaan sebarang maklumat syarikat pada bila-bila masa. 13. dan lain-lain berkaitan
Kriteria: - Bertanggungjawab & mematuhi peraturan. - Sihat fizikal & mental. - Pandai urus masa dan ikut arahan. - Komunikasi dengan baik. - Penampilan kemas & menarik.
Syarat Kerja: - Wajib memiliki lesen memandu B2/D. - Memiliki kenderaan sendiri. - Berusia 20 - 45 tahun. - Bebas dadah dan alkohol.
Tawaran gaji: Gaji Permulaan: RM1,700.00 Sah Jawatan (4 Bulan): RM1,800.00 Bayaran gaji setiap 1hb ke akaun bank pekerja.
+ Komisen Bayaran komisen 20hb + Ganjaran pencapaian sasaran: Jan - Jun RM600.00 Jul - Dis RM600.00 Jan - Dis RM1,200.00
Jika berminat dan memenuhi kelayakan, sila email resume ke dan hubungi segera .
Tarikh Temuduga akan dimaklumkan pada calon yang disenarai pendek. Alamat Pejabat: Lot 9283, Tingkat Bawah, Jalan Kemaman-Dungun, 24300 Kerteh, Terengganu. Telefon:
Hari & Waktu Syarikat Beroperasi: Ahad - Khamis: 8.30am - 5.30pm
Job Details
Job Info & Requirement
Contract Type
Full-time
Job Type
Executive
Experience Level
< 1 year
Job Categories
Sales
Minimum Education Required
-Minimum SPM/SKM/SPMV
-Pengalaman dalam bidang berkaitan (diutamakan)
-Jika tiada pengalaman, latihan akan diberikan