FULLY FURNISHED 2 Tingkat Teres Casa Green Cybersouth
Rumah untuk disewa – Casa Green, Cybersouth
Rental: RM 2,700 Contact:- Herman Lokman (REN 21200)
Saya nak sewakan rumah saya di Casa Green, Cybersouth. InsyaAllah boleh masuk September 2026.
Rumah ni saya jaga elok dan memang fully furnished. Ada 3 bilik tidur, 3 bilik air, ruang tamu luas dan selesa. Barang asas rumah pun dah lengkap — ada meja makan 8 seater, TV, peti sejuk dan kelengkapan lain. Kalau ada barang yang penyewa tak perlukan, boleh bincang, saya boleh keluarkan. Senang, kita sesuaikan ikut keperluan.
Satu benda yang saya sendiri suka duduk kawasan sini ialah jalan memang lebih lancar dan tak terlalu jam. Nak keluar masuk Cyberjaya, Putrajaya, Dengkil atau ke KLIA pun mudah. Akses ke ELITE, MEX, SKVE dan Putrajaya–Cyberjaya Expressway pun dekat.
Kawasan sekitar pun dah hidup. Kedai makan banyak, kedai runcit dan tempat beli barang keperluan harian pun banyak, jadi tak perlu pergi jauh untuk benda-benda biasa.
Casa Green ni gated & guarded dengan security 24 jam dan CCTV. Ada playground, jogging track, outdoor gym dan kawasan taman. Maintenance bulanan saya tanggung.
Untuk family yang ada anak, sekitar sini pun ada Rafflesia International School, ELC International School dan beberapa universiti seperti UiTM Dengkil, MMU, Xiamen University dan Heriot-Watt.
MRT 16 Sierra dan Putra Permai pun tak jauh. Nak ke DPULZE, Tamarind Square, IOI City Mall, Alamanda, Hospital Cyberjaya atau Hospital Putrajaya pun mudah.
Saya rasa rumah ni paling sesuai untuk family atau pasangan bekerja sekitar Cyberjaya/Putrajaya, staff corporate, pekerja data centre ataupun expatriate family yang nak rumah selesa dan terus boleh masuk.