Jawatan Kosong Pembantu Am Az-Zahrawi Setia Alam

List-ID: 11485307509 Jul 09:10

Job Description

Azzahrawi Education Group Sdn Bhd (AEGSB) adalah sebuah institusi pendidikan persendirian yang menjalankan pelbagai perkhidmatan antaranya ialah Pusat Transit Az-Zahrawi, Taska Izz Kiddy, Prasekolah Permata Cilik Az-Zahrawi, Sekolah Rendah Islam Az-Zahrawi dan Sekolah Menengah Az-Zahrawi.

Semua institusi pendidikan kami berada di tiga lokasi iaitu di Bandar Setia Alam, Bandar Puncak Alam dan Bandar Hillpark. Kami mempunyai sekitar 900 orang pelajar dan lebih 100 orang kakitangan.

Sehubungan dengan itu, kami mencari mereka yang berkelayakan, komited, berinisiatif tinggi, kreatif dan mempunyai semangat positif serta berkebolehan untuk menjadi sebahagian dari organisasi kami bagi jawatan berikut:


PEMBANTU KEBERSIHAN SEKOLAH DI AZ-ZAHRAWI SETIA ALAM

Bidang tugas asas seorang pembantu am:

1. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan semua ruangan di dalam premis dan persekitaran sekolah sentiasa di tahap bersih, kemas dan teratur.

2. Memastikan peralatan kebersihan dan penyediaan makanan di bawah jagaan berada dalam keadaan bersih dan selamat setiap masa. Kebersihan dan kekemasan adalah imej syarikat.

3. Bertanggungjawab menjaga keselamatan premis, peralatan dan kelengkapan yang berkaitan.

4. Bertanggungjawab mematuhi peraturan kebersihan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Pengurus Kampus dan pihak berwajib dalam urusan yang berkaitan dengan penyediaan makanan.

5. Melaksanakan tugas-tugas rasmi lain yang diarahkan oleh Pengurus Kampus atau Ahli Lembaga Pengelola dari masa ke masa.

6. Memastikan barangan keperluan memasak dan pembersihan sentiasa mencukupi.

7. Mengawal inventori dan kecukupan melibatkan makanan dan keperluan kebersihan lain secara harian, mingguan dan bulanan.

8. Mengoptimumkan penggunaan kelengkapan yang disediakan dengan baik dan berhemah.

9. Menyediakan makanan kepada pelajar mengikut jadual pemakanan.


Kelayakan adalah seperti berikut :

1. Warganegara atau bukan Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun keatas
3. Calon yang cekap, amanah dan bertanggungjawab
4. Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja pembersihan serta
kerja am
5. Bersedia dengan kemasukan segera.
6. Calon yang mempunyai pengalaman sebagai pembantu kebersihan sekolah di institusi kerajaan atau swasta mempunyai kelebihan.


Untuk memohon, emelkan surat rasmi permohonan bersama lampiran resume bergambar ke:
(Nota Penting: Letakkan di bahagian tajuk emel Permohonan Jawatan Pembantu Kebersihan Sekolah di Az-Zahrawi Setia Alam)

1. Tajuk emel: Permohonan Jawatan Pembantu Kebersihan Sekolah di Az-Zahrawi Setia Alam
2. Surat rasmi permohonan jawatan.
3. Resume peribadi yang terkini dengan gambar berwarna ukuran passport.
4. Salinan sijil SPM
5. Lain-lain sijil berkaitan.

Tarikh tutup permohonan: 17 JULAI 2026 (JUMAAT)
Tarikh temuduga: 13 JULAI 2026 (ISNIN) - 24 JULAI 2026 (JUMAAT)

Job Details

Job Info & Requirement
Contract Type
Contract
Job Type
Non-Executive
Experience Level
1-3 years
Job Categories
Cleaning/Other Help
Minimum Education Required
SPM
Language Required
Bahasa Malaysia
Nationality Preferred
Malaysians Only
Gender Preferred
Female Only
Own Transport
None
Salary & Other benefits
Salary
RM 1,700 to RM 1,860 per month
Other Benefit (Optional)
Perlindungan takaful, Makan harian disediakan, Uniform rasmi bekerja secara PERCUMA Pinjaman tanpa faedah (qard hasan). Latihan dan Kursus PERCUMA. Cuti-cuti ihsan dan lain-lain manfaat perjawatan yang menarik.
Do you find this ad suspicious or inappropriate?
Report this ad (List-ID: 114853075)
Is this your ad? Manage it using these links.
Salary
RM 1,700 to RM 1,860
(per month)
Location
Selangor - Setia Alam
Contact Type
Contract
Job Type
Non-Executive
Category
Cleaning/Other Help

Employer Info

Company Name
Azzahrawi Education Group Sdn Bhd
Company Description
Education
Size
101-500 employees
Company No.
201501013762
Company
Joined since: Nov 2015
Share this ad