Junior Field Technician / Juruteknik Luar

List-ID: 115067386Today 20:30

Job Description

Pakdo Washer & Dryer Repair Services sedang mencari calon untuk jawatan Junior Field Technician / Juruteknik Luar bagi kerja pemeriksaan, penghantaran dan bantuan repair mesin basuh, dryer dan peti ais, TV, IRON Steamer, Elektrik wireman pelanggan.

Jawatan ini sesuai untuk calon yang rajin, ada lesen memandu, boleh kerja luar, boleh berurusan dengan pelanggan dan berminat untuk belajar kemahiran repair appliance.

Tanggungjawab Kerja:

* Pergi ke rumah pelanggan untuk membuat checking asas mesin basuh, dryer dan peti ais,, TV, IRON Steamer, Elektrik wireman
* Ambil dan hantar barang / mesin pelanggan mengikut jadual kerja
* Membantu technician senior semasa kerja repair di rumah pelanggan atau di workshop
* Membuat pemeriksaan asas seperti simptom kerosakan, keadaan mesin dan maklumat pelanggan
* Mengambil gambar sebelum dan selepas kerja untuk laporan
* Mengemaskini status kerja harian kepada admin / pengurus operasi
* Menjaga barang pelanggan dengan baik semasa proses pickup dan delivery
* Berkomunikasi dengan pelanggan secara sopan dan profesional
* Memastikan kenderaan, tools dan barang kerja dijaga dengan baik

Syarat Kelayakan:

* Mempunyai lesen memandu B2 / D yang sah
* Boleh memandu kereta / van syarikat
* Sanggup bekerja luar kawasan sekitar Selangor dan Lembah Klang
* Mampu melakukan kerja fizikal seperti mengangkat mesin bersama team
* Rajin, jujur, menepati masa dan boleh ikut arahan
* Boleh menggunakan WhatsApp untuk update kerja harian
* Minat belajar bidang repair mesin basuh, dryer dan peti ais, , TV, IRON Steamer, Elektrik wireman
* Pengalaman sebagai technician / runner / delivery adalah kelebihan
* Fresh graduate atau calon tanpa pengalaman juga boleh dipertimbangkan jika betul-betul mahu belajar

Kelebihan Bekerja Dengan Kami:

* Basic salary
* Elaun kerja luar
* Elaun telefon
* Latihan bersama technician senior
* Peluang naik pangkat menjadi Technician Mahir
* EPF dan SOCSO mengikut kelayakan
* Suasana kerja syarikat servis yang sedang berkembang

Waktu Kerja:

Isnin hingga Sabtu
9.00 pagi – 6.00 petang
Rehat mengikut jadual syarikat

Anggaran Gaji:

RM1,700 – RM2,300 sebulan
Bergantung kepada pengalaman, disiplin kerja dan kebolehan calon.

Kami mencari calon yang bukan hanya mahu kerja, tetapi mahu belajar kemahiran, bina pengalaman dan berkembang bersama syarikat.

Job Details

Job Info & Requirement
Contract Type
Full-time
Job Type
Executive
Experience Level
< 1 year, 1-3 years
Job Categories
Transport/Delivery
Language Required
English, Bahasa Malaysia
Nationality Preferred
Malaysians Only
Gender Preferred
Male Only
Own Transport
Car/Van
Salary & Other benefits
Salary
RM 1,700 to RM 2,300 per month
Other Benefit (Optional)
Basic salary, elaun kerja luar, elaun telefon, latihan bersama technician senior, peluang naik pangkat, EPF, SOCSO dan suasana kerja team yang sedang berkembang.
Do you find this ad suspicious or inappropriate?
Report this ad (List-ID: 115067386)
Is this your ad? Manage it using these links.
Salary
RM 1,700 to RM 2,300
(per month)
Location
Selangor - Kajang
Contact Type
Full-time
Job Type
Executive
Category
Transport/Delivery

Employer Info

Company Name
YHill Resources / Pakdo Washer & Dryer Repair Services
Company Description
Pakdo Washer & Dryer Repair Services adalah syarikat servis pembaikan peralatan elektrik dan elektronik rumah yang beroperasi di sekitar Selangor dan Lembah Klang. Fokus utama kami ialah membaiki mesin basuh, dryer, peti ais dan peralatan berkaitan. Kami sedang membina team technician yang berdisiplin, beradab dan mahir dalam kerja servis pelanggan. Calon yang menyertai kami akan diberi peluang belajar secara praktikal bersama technician senior, terlibat dengan kerja luar, pemeriksaan di rumah pelanggan, pickup dan delivery barang, serta kerja repair di workshop. Kami mencari calon yang rajin, jujur, boleh ikut arahan dan mahu berkembang bersama syarikat servis yang sedang membina sistem operasi yang lebih tersusun.
Size
5-10 employees
Company
Joined since: Jan 2015
Share this ad