Job Description
Syarikat kami sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan Jurukur Bahan / Quantity Surveyor bagi membantu dalam pengurusan kos, penyediaan dokumen tender, tuntutan bayaran, penilaian kerja serta penyediaan dokumen berkaitan projek pembinaan.
Tanggungjawab Kerja:
1. Menyediakan anggaran kos, taking-off quantity dan Bill of Quantities (BQ).
2. Menyemak lukisan, spesifikasi kerja dan dokumen kontrak.
3. Menyediakan sebut harga, dokumen tender dan dokumen tuntutan bayaran.
4. Membuat penilaian kerja di tapak dan menyediakan progress claim.
5. Menyemak tuntutan subcontractor dan pembekal.
6. Memantau kos projek supaya berada dalam bajet yang ditetapkan.
7. Menyediakan variation order, final account dan laporan kos projek.
8. Berhubung dengan pihak klien, perunding, subcontractor dan pasukan tapak berkaitan skop serta kos kerja.
Kelayakan:
1. Mempunyai Diploma/Ijazah dalam bidang Quantity Surveying, Building Surveying, Construction Management atau bidang berkaitan.
2. Berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan bangunan adalah satu kelebihan.
3. Boleh membaca lukisan pembinaan dan membuat taking-off quantity.
4. Mahir menggunakan Microsoft Excel dan perisian berkaitan QS.
5. Teliti, bertanggungjawab dan mampu bekerja mengikut masa yang ditetapkan.
6. Boleh bekerja secara berdikari serta bekerjasama dengan pasukan tapak.
Job Details
| Job Info & Requirement |
|---|
| Contract Type | |
| Job Type | |
| Experience Level | |
| Job Categories | |
| Minimum Education Required | |
| Language Required | |
| Nationality Preferred | |
| Gender Preferred | |
| Own Transport | |
| Salary & Other benefits |
|---|
| Salary | RM 3,000 to RM 3,800 per month |