Description
LINK-Banglo MACHANG
Lokasi bangunan ini amat strategik kerana berada hanya 1km dgn bandar Machang, dikelilingi dengan Mahkamah, Pejabat Tanah, JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara, Ibu pejabat Polis Daerah, Hospital, Pej Kesihatan, Klinik Pergigian, Pusat Haemodilisis, klinik swasta, Tabung Haji, Giat MARA, UiTM, Pej Risda, Pej Pertanian serta Pej Perikanan.
Pelbagai bank terdapat di sini antaranya Agro Bank, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, CIMB, Bank Rakyat serta ATM Maybank.
Pusat membeli belah antaranya EconJaya, Pantai Timur, Mr DIY, Eco. Pasar Besar Machang serta stesen bas domestik hanya 1.3km, pasar borong dan stesen bas ekspress pun dekat.
Pada asalnya rumah ni hanya sebuah banglo diduduki pada 23.12.2011 sebaik shj menerima kunci dari pemaju. Keluasan asal hanya 1379 kaki persegi.
Pada 2014 dilakukan satu penambahan dapur basah, bilik tidur serta bilik air dgn keluasan 416 kaki persegi.
Pada Nov 2023 sebuah lagi bangunan 2 tingkat @ rumah yg dijadikan rumah tamu siap dibina berkembar dgn rumah asal , berkeluasan 1350 kaki persegi. Seterusnya 2 buah kolam renang dibina pada Januari 2024 dan siap digunakan pada Februari 2024.
Jumlah keluasan 2 buah rumah adalah 3145 kaki persegi , keluasan tanah adalah 5300 kaki persegi. Tidak termasuk sebuah lagi stor di luar rumah serta keluasan binaan kolam renang.
HARGA RM750K negotiable. Bayaran Pendahuluan 15% dan selebihnya dlm tempoh 6 bulan.