Kami sedang mencari Pekerja Am yang rajin, amanah dan bertanggungjawab untuk membantu operasi chalet dan kebun sawit di Linggi, Negeri Sembilan.
Skop Kerja:
- Membersihkan dan mengemas chalet.
- Membersihkan kolam renang dan kawasan sekitar.
- Menjaga landskap dan kebersihan kawasan.
- Melakukan kerja kebun sawit.
- Mengait dan mengutip buah sawit.
- Meracun rumput, membaja dan mencantas pelepah sawit.
- Membantu kerja penyelenggaraan ringan.
Kelayakan:
- Rajin, amanah dan bertanggungjawab.
- Mampu melakukan kerja fizikal.
- Bersedia bekerja di dalam dan luar bangunan.
- Boleh menerima arahan dan bekerja dalam pasukan.
- Pengalaman berkaitan merupakan satu kelebihan.
Gaji asas RM1,700 sebulan. Kemudahan rumah pekerja disediakan selepas 6 bulan bekerja, tertakluk kepada terma dan syarat

Jobs