Sek.Ren.Islam Ar-Razzi sedang mencari calon yang amanah, bertanggungjawab dan berdisiplin untuk menyertai pasukan kami sebagai Pemandu Van Sekolah.
TUGAS & TANGGUNGJAWAB
- Menghantar dan mengambil pelajar dengan selamat mengikut jadual dan laluan yang ditetapkan
- Memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar sepanjang perjalanan.
- Memastikan van sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk digunakan.
- Membuat pemeriksaan asas kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
- Mematuhi semua peraturan jalan raya dan SOP keselamatan syarikat.
- Menjaga masa dan memastikan perjalanan mengikut jadual.
- Melaporkan sebarang kerosakan atau masalah berkaitan van kepada pihak pengurusan.
SYARAT & KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai lesen memandu yang sah.
- Mempunyai pengalaman memandu van/bas sekolah adalah satu kelebihan.
- Mempunyai rekod pemanduan yang baik.
- Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan tugas dengan baik.
- Amanah, bertanggungjawab, sabar dan mempunyai sikap penyayang terhadap kanak-kanak.
- Berdisiplin, menepati masa dan boleh mengikut jadual yang ditetapkan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
- Boleh bekerjasama dengan pihak sekolah, ibu bapa dan kakitangan.
- Tiada rekod jenayah dan bersedia menjalani proses saringan yang ditetapkan oleh syarikat.
- Calon yang mempunyai pengalaman sebagai pemandu sekolah/van pelajar amat digalakkan memohon.
KELEBIHAN YANG DITAWARKAN
โจ Gaji dan elaun yang kompetitif
โจ Caruman KWSP, PERKESO, SIP & LINDUNG 24 JAM
โจ Cuti tahunan & cuti sakit mengikut kelayakan
โจ Latihan dan bimbingan disediakan
โจ Van syarikat disediakan untuk tugasan
โจ Jadual kerja yang teratur
โจ Persekitaran kerja yang baik dan profesional
โจ Peluang untuk menyertai pasukan yang stabil dan berkembang
โจ Kebajikan pekerja diberi perhatian
WAKTU BEKERJA
Mengikut jadual operasi sekolah dan tugasan pengangkutan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
Bekerja 5 hari seminggu. Cuti setiap sabtu, ahad, cuti umum dan cuti sekolah
LOKASI
Sekitar B.B.Bangi, Bangi Lama, Bandar Seri Putra
Calon yang berminat boleh menghantar resume melalui email sriarrazzi.s15@gmail.com atau hubungi kami di talian 011-5555 3757 (Cik Aina) atau 019-355 5030 (Pn. Nik Afirah)
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.

Jobs