Kami sedang mencari calon yang bermotivasi untuk menyertai pasukan pengeluaran kami di beberapa bahagian berikut:
(1) Packing / Logistik - Mengendalikan proses pembungkusan produk mengikut SOP. - Menyusun dan melabelkan barang untuk penghantaran. - Membantu dalam pengurusan stok dan inventori.
(2) Kawalan Kualiti (QC) Bahan Mentah - Memeriksa bahan mentah yang diterima bagi memastikan kualiti memenuhi piawaian syarikat. - Melaporkan sebarang kecacatan atau ketidakpatuhan kepada penyelia QC. - Membantu dalam dokumentasi laporan pemeriksaan.
(3) Pengeluaran Am / Lain-lain - Mengendalikan mesin asas dalam proses pengeluaran. - Memastikan sasaran pengeluaran harian dicapai. - Menjaga kebersihan dan keselamatan di kawasan kerja.
Kelayakan: (1) Warganegara Malaysia lelaki atau perempuan yang berumur 18 tahun ke atas. (2) Minimum SPM atau setara. Boleh membaca, menulis dan mengira. (3) Berpengalaman dalam bidang pengeluaran (manufacturing) adalah kelebihan. (4) Boleh bekerja syif (jika perlu). Ada bahagian yang bekerja syif ada yang tidak. (5) Fizikal sihat, berdisiplin, dan menepati masa. (6) Rajin dan berdedikasi. (7) Minat untuk belajar perkara baru.
Faedah: (1) Gaji asas permulaan: RM1,850 - RM1,900. (2) Kenaikan gaji setelah sah jawatan. (3) Elaun syif / makan / pengangkutan (ikut syarat dan terma). (4) Bonus kedatangan (ikut syarat dan terma). (5) Uniform percuma, surau, parking. (6) Insurans kelompok hospital dan pembedahan & insurans hayat (ikut syarat dan terma). (7) Latihan asas disediakan. (8) Peluang kenaikan pangkat berdasarkan prestasi. (9) Syarikat tidak menyediakan pengangkutan.
Jika berminat sila hubungi HR dengan segera : WhatsApp: Telefon Pejabat: Datang sendiri ke kilang kami dan isi borang permohonan yang boleh didapati di pondok pengawal.