JAWATAN KOSONG – PEGAWAI KUTIPAN Kudrat Partners & Co telah dikenali sebagai sebuah organisasi yang dipercayai dalam Industri Kutipan sejak tahun 1998, dengan pengalaman lebih 26 tahun dalam menyediakan perkhidmatan profesional kepada Institusi Kewangan, Syarikat Telekomunikasi dan Syarikat Utiliti terkemuka.
Lokasi – JOHOR BAHRU
DESKRIPSI TUGAS: Melaksanakan panggilan keluar harian bagi mengingatkan pelanggan serta membuat susulan ke atas bayaran tertunggak. Mengurus dan mengutip hutang pelanggan secara cekap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Membuat susulan terhadap semua fail termasuk fail “janji bayaran” dan “janji bayaran yang tidak dipatuhi”. Berurusan dengan pelanggan untuk menyelesaikan isu pembayaran dan menyediakan pelan pembayaran balik yang sesuai serta munasabah.
SYARAT KELAYAKAN: Warganegara Malaysia berumur antara 21 hingga 50 tahun. Minimum kelulusan SPM atau kelayakan yang setara. Mempunyai kemahiran komunikasi dan perundingan yang baik. Bekas kakitangan Kudrat layak dipertimbangkan untuk kenaikan gaji antara 3% hingga 10%. Calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang Pegawai Kutipan, perbankan dan kewangan, telekomunikasi, khidmat pelanggan atau jualan adalah digalakkan untuk memohon. Menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta bahasa utama lain di Malaysia.
FAEDAH & GANJARAN: Waktu Bekerja dari 9:00 Pagi sehingga 6:00 Petang (Isnin - Jumaat) Gaji Basic: RM2,000.00 hingga RM2,200.00 + Komisyen tinggi RM3k - RM5K Jangkaan pendapatan bulanan: RM3,000 – RM5,000 Caruman KWSP dan PERKESO Cuti Bersalin dan Cuti Paterniti Cuti Umum dan Cuti Tahunan Jawatan Tetap Calon yang boleh bertutur dalam Bahasa Cina mempunyai kelebihan tambahan (elaun RM250.00 akan diberikan)
KAEDAH TEMU DUGA: Temu duga secara bersemuka: Calon yang berminat boleh hadir ke pejabat kami di alamat berikut:
(Cawangan Johor Bahru) Kudrat Partners & Co (M) Sdn Bhd 3rd Floor Wisma Daiman 64 Jalan Sulam Taman Sentosa 80150 Johor Bahru Waktu Temuduga: Isnin – Jumaat | 10:00 pagi – 5:00 petang Hubungi : Cik Halimah ()
Temuduga secara Online (Zoom): Sila hubungi Puan Mulia () untuk membuat janji temu sesi temuduga.