JAWATAN KOSONG – PEGAWAI KUTIPAN Kudrat Partners & Co telah dikenali sebagai sebuah organisasi yang dipercayai dalam Industri Kutipan sejak tahun 1998, dengan pengalaman lebih 28 tahun dalam menyediakan perkhidmatan profesional kepada Institusi Kewangan, Syarikat Telekomunikasi dan Syarikat Utiliti terkemuka.
Lokasi – KUANTAN PAHANG
DESKRIPSI TUGAS: Melaksanakan panggilan keluar harian bagi mengingatkan pelanggan serta membuat susulan ke atas bayaran tertunggak. Mengurus dan mengutip hutang pelanggan secara cekap dalam tempoh masa yang ditetapkan. Membuat susulan terhadap semua fail termasuk fail “janji bayaran” dan “janji bayaran yang tidak dipatuhi”. Berurusan dengan pelanggan untuk menyelesaikan isu pembayaran dan menyediakan pelan pembayaran balik yang sesuai serta munasabah.
SYARAT KELAYAKAN: Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 50 tahun. Minimum kelulusan SPM atau kelayakan yang setara. Mempunyai kemahiran komunikasi dan perundingan yang baik. Bekas kakitangan Kudrat layak dipertimbangkan untuk kenaikan gaji antara 3% hingga 10%. Calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam bidang Pegawai Kutipan, perbankan dan kewangan, telekomunikasi, khidmat pelanggan atau jualan adalah digalakkan untuk memohon. Menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta bahasa utama lain di Malaysia.
FAEDAH & GANJARAN: Gaji asas: RM2,000.00 hingga RM2,200.00 Komisen: 3% berdasarkan pencapaian sasaran Jangkaan pendapatan bulanan: RM3,000 – RM5,000 Caruman KWSP dan PERKESO Cuti Perubatan dan Cuti Hospitalisasi Cuti Bersalin dan Cuti Paterniti Cuti Umum dan Cuti Tahunan Jawatan Tetap Peluang kenaikan pangkat (Penyelia, Penolong Pengurus, Pengurus) Calon yang boleh bertutur dalam Bahasa Cina mempunyai kelebihan tambahan (elaun RM250.00 akan diberikan)
KAEDAH TEMU DUGA: Temu duga secara bersemuka: Calon yang berminat boleh hadir ke pejabat kami di alamat berikut:
(Kuantan Branch) Kudrat Partners & Co (M) Sdn Bhd B-26 2nd Floor Jalan Mat Kilau 25000 Kuantan Pahang. Waktu Temuduga: Isnin – Jumaat | 10:00 pagi – 5:00 petang Hubungi : Mr. Thiaga
Temuduga secara Online (Zoom): Sila hubungi Puan Mulia () untuk membuat janji temu sesi temuduga.