Pemandu Penghantaran merangkap Pembantu Gudang

List-ID: 115157523Today 14:06

Job Description

Lokasi: Batu Caves, Selangor
Gaji: RM2,500 sebulan + Elaun + Bayaran Kerja Lebih Masa (OT)
Waktu Bekerja: Isnin – Jumaat | 8:30 pagi – 6:00 petang

Sertai Pasukan Hayamim Ava!
Hayamim Ava Sdn. Bhd. merupakan syarikat pengedaran dan kontraktor ELV yang menyediakan penyelesaian Audio-Visual (AV) untuk sektor kerajaan, korporat dan pendidikan di seluruh Malaysia.

Kami sedang mencari seorang Pemandu Penghantaran merangkap Pembantu Gudang yang bertanggungjawab, rajin dan boleh dipercayai untuk menyertai pasukan kami.

Kelayakan
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur antara 25 hingga 30 tahun.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman memandu lori 1 tan.
4. Memiliki Lesen GDL yang masih sah.
5. Rekod pemanduan yang bersih tanpa kesalahan trafik serius atau rekod jenayah.
6. Mahir dengan jalan raya dan laluan penghantaran di sekitar Lembah Klang.
7. Mempunyai pengetahuan asas mengenai penyelenggaraan kenderaan serta pemeriksaan PUSPAKOM.
8. Sihat tubuh badan dan mampu mengangkat serta mengendalikan barangan apabila diperlukan.
9. Bertanggungjawab, jujur, amanah dan menepati masa.
10. Berpenampilan kemas dan profesional.
11. Bersedia untuk bertugas di luar kawasan (outstation) apabila diperlukan.

Tanggungjawab
1. Mengendalikan lori syarikat 1 tan bagi tujuan penghantaran dan pengambilan peralatan elektronik.
2. Memastikan semua penghantaran dibuat dengan selamat, tepat dan mengikut jadual yang ditetapkan.
3. Memuat, memunggah dan mengendalikan barangan dengan cermat bagi mengelakkan kerosakan.
4. Menyemak Delivery Order (DO), invois dan mendapatkan pengesahan penerimaan daripada pelanggan.
5. Merancang laluan penghantaran yang efisien bagi memastikan penghantaran berjalan lancar.
6. Memberikan layanan yang sopan dan profesional kepada pelanggan semasa penghantaran.
7. Membantu kerja-kerja gudang apabila diperlukan.
8. Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa.

Faedah
1. Gaji asas RM2,500 sebulan
2. Elaun dan bayaran kerja lebih masa (OT)
3. Bonus prestasi (tertakluk kepada kelayakan)
4. Kemudahan perubatan hospital dan pembedahan
5. Tuntutan rawatan pesakit luar
6. Tempat letak kereta percuma
7. Persekitaran kerja yang mesra dan selesa
8. Peluang untuk membina kerjaya bersama syarikat yang kukuh dan berkembang

Calon yang berminat adalah dipelawa untuk menghantar atau menyerahkan resume lengkap beserta gambar, gaji yang dipohon, serta tarikh boleh mula bekerja kepada:

E-mel:
Whastapp:
Pegawai untuk Dihubungi: Asniza Hamdan

Hayamim Ava Sdn. Bhd.
Lot 27, Jalan SBC 5,
Taman Perindustrian Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves, Selangor.

Tel:

Job Details

Job Info & Requirement
Contract Type
Full-time
Job Type
Non-Executive
Experience Level
1-3 years
Job Categories
Transport/Delivery
Minimum Education Required
SPM
Language Required
Bahasa Malaysia
Nationality Preferred
Malaysians Only
Gender Preferred
Male Only
Own Transport
Motorcycle
Salary & Other benefits
Salary
minimum RM 2,500 per month
Do you find this ad suspicious or inappropriate?
Report this ad (List-ID: 115157523)
Is this your ad? Manage it using these links.
Salary
minimum RM 2,500
(per month)
Location
Selangor - Batu Caves
Contact Type
Full-time
Job Type
Non-Executive
Category
Transport/Delivery

Employer Info

Company Name
Hayamim Ava Sdn Bhd
Company Description
Audio Visual Systems
Size
21-50 employees
Company Website
Company No.
211963-X
Company
Joined since: Mar 2013
Share this ad