Job Description
Tanggungjawab
1. Membersihkan semua bilik villa, kafe, studio, rooftop, courtyard serta semua kawasan umum (common areas) mengikut standard kebersihan syarikat.
2. Melakukan pembersihan bilik selepas tetamu daftar keluar (check-out) dan memastikan bilik sedia untuk ketibaan tetamu seterusnya.
3. Menukar cadar, sarung bantal dan tuala serta memastikan semua kelengkapan bilik mencukupi, bersih dan dalam keadaan baik.
4. Membantu menyediakan, mengatur dan menghidangkan sarapan atau makan malam untuk tetamu (tiada kerja memasak diperlukan).
5. Memastikan kebersihan, kekemasan, keselesaan dan penampilan keseluruhan villa sentiasa berada pada tahap terbaik.
6. Mematuhi semua SOP kebersihan, keselamatan, kesihatan dan standard operasi syarikat.
7. Memberikan layanan yang sopan, mesra dan profesional kepada tetamu apabila diperlukan.
8. Membantu dalam penyediaan villa untuk acara khas, penginapan berkumpulan atau majlis mengikut arahan pengurusan.
9. Melaksanakan tugasan lain yang berkaitan dengan operasi villa seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.
Kelayakan
• Warganegara Malaysia.
• Perempuan sahaja.
• Umur minimum 20 tahun.
• Mempunyai pengangkutan sendiri untuk ke tempat kerja.
• Bersedia bekerja mengikut jadual operasi penginapan.
• Bersedia untuk bermalam di tempat penginapan apabila terdapat tempahan tetamu (penginapan disediakan oleh syarikat).
• Bertanggungjawab, rajin dan mempunyai sikap kerja yang baik.
• Pengalaman dalam housekeeping/penginapan adalah satu kelebihan.
Job Details
| Job Info & Requirement |
|---|
| Contract Type | |
| Job Type | |
| Experience Level | |
| Job Categories | |
| Minimum Education Required | |
| Language Required | Bahasa Malaysia, English, Mandarin/Cantonese |
| Nationality Preferred | |
| Gender Preferred | |
| Own Transport | |
| Salary & Other benefits |
|---|
| Salary | minimum RM 1,800 per month |