Job Description
💰 Gaji RM2,000 – RM2,800 sebulan
(bergantung kepada kelayakan & pengalaman)
📍 Puchong, Selangor
🕘 Waktu Bekerja
Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 5.30 petang
Sabtu: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari
________________________________________
Syarikat pemborong makanan sejuk beku Halal yang membekalkan pelbagai produk makanan Halal berkualiti kepada restoran, katering, hotel & pelanggan perniagaan tempatan. Kami mencari individu yang komited, berintegriti & berminat untuk membina kerjaya dalam industri makanan Halal.
________________________________________
Tanggungjawab
• Memastikan semua produk memenuhi standard kualiti & keselamatan makanan yang ditetapkan.
• Memastikan pematuhan terhadap keperluan Pensijilan Halal JAKIM, MESTI & SOP syarikat.
• Menjalankan pemeriksaan kualiti ke atas bahan mentah, proses pengeluaran, pembungkusan & produk siap.
• Menyedia, menyelenggara & mengemaskini dokumentasi Halal, QC & rekod audit.
• Memantau kebersihan premis, peralatan & amalan pengendalian makanan.
• Mengurus audit dalaman serta membantu semasa audit oleh JAKIM, KKM atau badan pensijilan.
• Menyiasat isu ketidakpatuhan dan melaksanakan tindakan pembetulan.(Corrective & Preventive Action - CAPA).
• Berhubung dengan pembekal berkaitan dokumen Halal, spesifikasi produk dan sijil-sijil berkaitan.
• Memberikan latihan & kesedaran kepada kakitangan mengenai Halal, kebersihan & keselamatan makanan.
• Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan.
________________________________________
Kelayakan
• Diploma atau Ijazah dalam Sains Makanan, Teknologi Makanan, Halal atau bidang berkaitan.
• Pengalaman sekurang-kurangnya 1–3 tahun dalam bidang QC, QA atau Halal. (Fresh graduate yang berminat juga dialu-alukan memohon.)
• Mempunyai pengetahuan mengenai Pensijilan Halal Malaysia (JAKIM), MESTI, GMP, HACCP atau ISO 22000 merupakan satu kelebihan.
• Teliti, bertanggungjawab, proaktif & mempunyai integriti yang tinggi.
• Mahir menyediakan dokumentasi & laporan.
• Mempunyai kemahiran komunikasi & kerja berpasukan yang baik.
• Mahir menggunakan Microsoft Office (Word & Excel).
• Bersedia bekerja di kawasan gudang & operasi pengeluaran apabila diperlukan.
• Mempunyai lesen memandu & kenderaan sendiri.
________________________________________
Kenapa Sertai kami?
✔️ Syarikat Halal yang aktif dalam industri makanan.
✔️ Penglibatan secara langsung dalam pengurusan kualiti, pematuhan Halal & keselamatan makanan.
✔️ Budaya kerja yang mengutamakan integriti, kerjasama & pembangunan pekerja.
Job Details
| Job Info & Requirement |
|---|
| Contract Type | |
| Job Type | |
| Experience Level | |
| Job Categories | |
| Minimum Education Required | |
| Language Required | |
| Nationality Preferred | |
| Gender Preferred | |
| Own Transport | |
| Salary & Other benefits |
|---|
| Salary | RM 2,000 to RM 2,800 per month |
| Other Benefit (Optional) | Apa Yang Kami Tawarkan
✅ Gaji yang kompetitif berdasarkan pengalaman
✅ KWSP, PERKESO & EIS
✅ Bonus Prestasi Tahunan (berdasarkan prestasi syarikat & individu)
✅ Kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
✅ Latihan & pembangunan kerjaya
✅ Peluang menghadiri kursus |