Salam hormat dan selamat sejahtera, rumah untuk disewakan kepada keluarga kecil muslim sahaja. Terdapat 2 bilik tidur dan dua bilik air. Unit ini ialah unit berkembar, rumah sebelah ada penyewa. Bagus untuk keselamatan sentiasa ada jiran bersebelahan rumah. Rumah lengkap berpagar dan dikelilingi kejiranan dengan suasana kampung. Di belakang rumah ini terdapat satu anak sungai dengan suasana tenang dan damai. Beberapa jenis perabot disediakan termasuk tv LCD dan set kerusi. Lokasi berdekatan Lapangan Terbang (Airport) Pengkalan Chepa. Hanya 10 minit drive. Landmark, jalan masuk tepi Padang Polo Kemumin (Jalan Panchor - Kemumin - Sabak) Maps : https://goo.gl/maps/dT5Q71f48Fa6Yjej7 Untuk ke pusat bandar Kota Bharu, 20minit drive sahaja. Unit berada dalam keadaan baik, fully tiles. Kawasan kediaman yang aman dan selamat. Selain itu terdapat beberapa kemudahan lain : Kedai runcit, di tepi jalan besar lengkap untuk membeli bahan mentah keperluan dapur. Kadar sewa ialah RM550 sebulan. Deposit 2 bulan(RM550x2) + rm200(utiliti air dan elektrik) = RM1,300 first come first serve basis booking serendah rm200 sekiranya setuju. Kontrak sewa sekurang-kurangnya setahun. Hubungi Mohd Sayuti – untuk view.