Rumah Sewa Bukit Abal, Selising, Pasir Puteh Kelantan.
Sebuah rumah teres 1 tingkat 3 bilik, 2 bilik air lengkap dengan: Grille, Rail Langsir, Table top, Awning depan, Awning belakang, Point aircond, point water heater, kipas di setiap bilik dan ruang tamu. Rumah sedia didiami mulai Jun 2026. Rumah bersebelahan Sekolah Kebangsaan Bukit Abal. Penyewa berpindah pada bulan mei 2026. Jarak ke Kota Bharu 30 km dalam 35-45 minit, manakala jarak ke Pasir Puteh dalam 6 km kira-kira 6-10 minit.
Rumah telah dilengkapi aircond di bilik utama oleh penyewa sekarang. Jika bakal penyewa bersetuju untuk kekalkan aircond di ruangan bilik utama tersebut, sewa bulanan adalah RM700 sebulan. Namun, jika bakal penyewa tidak mahukan aircond tersebut, sewa bulanan adalah RM650 sebulan, dan aircond akan diambil oleh penyewa sebelum ini.
Rumah siap pada tahun 2022. Rumah adalah tanpa perabot.