Rumah Semi-D setingkat untuk disewa di Taman Berjaya Permai, 25150 Kuantan. Dilengkapi 3 bilik tidur, 2 bilik air, semua pintu & tingkap dipasang jeriji keselamatan serta kipas dan lampu di dalam semua bilik.
Berhampiran (1km) SK Sg Soi & SMK Sg Soi, stesen bas, kedai-kedai komersial, kedai makan dan surau taman. Berhampiran jalan utama Kuantan-Peramu-Pekan dan Kuantan-Pantai Sepat.
20 minit dari Bandaraya Kuantan dan 40 minit ke Bandar DiRaja Pekan.
Keutamaan kepada keluarga muslim dan berpendapatan tetap. Bayaran pendahuluan termasuk sewa bulan pertama (RM850), deposit sewa 2 bulan (RM1,700) dan deposit utiliti (RM400), berjumlah RM2,950.