Description
Rumah teres satu tingkat di bandar satelit Pasir Tumboh
Sebuah kediaman yang selesa di Desa Darul Naim, Pasir Tumboh, sebuah kawasan perumahan yang matang, tenang dan menjadi pilihan ramai keluarga. Lokasinya sangat strategik dengan akses mudah ke pelbagai kemudahan harian, menjadikan urusan kehidupan lebih mudah dan menjimatkan masa.
Kelebihan lokasi: ✅ Berdekatan Bandar Satelit Pasir Tumboh
✅ Berhampiran pasar raya, kedai serbaneka, restoran dan kedai makan
✅ Dekat dengan klinik, farmasi, stesen minyak, dobi dan gimnasium
✅ Berhampiran sekolah serta masjid As-Saabiquun Mosque (Town Mosque)
✅ Akses mudah ke Kubang Kerian, Kota Bharu dan laluan utama
✅ Kawasan kejiranan yang aman, matang dan sesuai untuk didiami atau dijadikan pelaburan.
Rumah ini amat sesuai untuk mereka yang mencari kediaman yang selesa dengan segala kemudahan berada hanya beberapa minit dari rumah.Lokasi ini menawarkan nilai yang tinggi serta potensi yang baik pada masa hadapan.