Description
Rumah Teres Untuk Dijual Di Pengkalan Chepa
Sebuah hartanah kediaman bebas banjir kini sedia untuk dijual di lokasi yang amat strategik di Pengkalan Chepa, (belakang Airport Kota Bharu). Hartanah berstatus Pajakan Negeri dengan nombor hakmilik PN 5580 (Lot 3429) ini memiliki keluasan 130 meter persegi (anggaran 1,399 kaki persegi), menjadikannya sangat ideal sama ada untuk didiami sendiri atau dijadikan pelaburan sewaan yang menguntungkan.
Lokasi hartanah ini sangat premium dan dikelilingi oleh pelbagai institusi pendidikan utama serta kemudahan logistik, di mana ia hanya terletak sekitar;
• 500 meter dari MRSM Pengkalan Chepa
• 600 meter dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu
• 800 meter dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
• 1 kilometer dari Lapangan Terbang Kota Bharu.
Akses ke pusat tumpuan lain juga amat mudah dengan jarak hanya;
• 4 kilometer ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
• 5 kilometer ke Bandar Baru Kubang Kerian
• 7 kilometer sahaja untuk ke Pusat Bandar Kota Bharu.
Bukan itu sahaja, kawasan kejiranan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan harian berhampiran seperti Pasaraya Pantai Timur, cawangan bank, stesen minyak, kedai serbaneka 7-Eleven, serta deretan restoran, sekali gus menawarkan gaya hidup yang serba moden, praktikal, dan bebas daripada kebimbangan banjir.