2 lot tanah berkembar seluas 5.64 ekar untuk dijual pada harga RM135k keseluruhannya. Harga sangat berbaloi kira-kira RM27k shj per ekar. Jualan Tunai Sahaja. Harga boleh dirunding lagi sikit-sikit.
Lokasi : Kpg Sri Repah , Tampin . Negeri Sembilan. Status : Malay Reserved. Pegangan : :Leasehold ( exp 2090 ) Geran Individu.
Tanah terbiar. Ada akses jalan tanah ke lot. Sebahagian akses jalan perlu dibuka kembali atau dibersihkan. Hanya kenderaan 4x4 atau motosikal lasak boleh sampai. Tanah terletak di kawasan berbukit. Perlu upah juruukur untuk cari batu sempadan & marking reserved jalan. Sesuai untuk buat dusun durian, sawit , getah dan lain-lain. Senang bawa jentera berat seperti excavator atau backhoe masuk kerana akses mudah dari mainroad masuk ke jalan pertanian Tanah ini tidak jauh dari bandar Tampin. Tanah tidak sesuai buat rumah kediaman kerana ketiadaan jalan yang sempurna , juga tiada elektrik dan bekalan air paip. Hanya kepada yang berminat untuk mengusahakan tanah ini dan mempunyai modal. Lawatan ke tanah hanya boleh kita tunjukkan dari mainroad dan memandang ke atas bukit sahaja, kerana jalan tanah ke atas bukit separuhnya telah menjadi belukar.
* This is for reference only and is not a quote. Results vary according to different financial institutions. Mudah.my doesn't guarantee it's accuracy or applicability to your circumstances.
* This is for reference only and is not a quote. Results vary according to different financial institutions. Mudah.my doesn't guarantee it's accuracy or applicability to your circumstances.