Tanah pertanian cantik Sg Petai, Alor Gajah, Melaka
Tanah pertanian di Sg Petai, Alor Gajah, Melaka. Dalam 1.3km dari Lebuhraya AMJ.
Tanah ni memang sangat besar, 5.7 ekar. Luasnya sejauh mata memandang. Tanah pertanian, MCL. Geran individu, satu owner
Tanah ni pulak dijaga dengan baik. Owner dulu mengusahakan ternakan kambing, lembu dan menanam pokok buah buahan. Tapi kerana kekangan masa, owner tak dapat nak teruskan dan ambil keputusan utk jual. Yang menariknya tanah yang begini luas semuanya telah dipagar. Jadi tak perlu risau kos untuk pagar lawasan tanah.
Tanah dibahagikan kepada 4 parts.
Part pertama, jalan masuk ke tanah, owner tanam pokok kelapa, durian, mangga, pisang. Pokok durian masih kecil, pokok lain dah mengeluarkan hasil.
Part ke 2, bahagian rumah owner, rumah 2 bilik dan 2 bilik air beserta rumah pekerja. Stor untuk barang barang pun ada. Di sini juga ada mini padang bola dan tempat santai dan healing depan rumah.
Part 3 ialah kawasan tanaman pokok pokok kelapa lagi dan pokok pokok cempedak, jambu, sukun.
Part ke 4 ialah kawasan ternakan lembu, kambing dan kolam ikan. Ada kandang lembu, kambing dan tempat sembelihan pun ada.
Kalau beli nak tinggal di sini pun boleh. Pasal tanah ni dalam kampong. Jalan ke tanah semua jalan tar. Bersebelahan pun ada jiran. Dan owner pun dah bina rumah di atas tanah ni.
Kalau nak jadikan kawasan glamping pun memang menarik. Air dan letrik pun ada.
⚠️ This is for reference only and is not a quote. Results vary according to different financial institutions. Mudah.my doesn't guarantee it's accuracy or applicability to your circumstances.
⚠️ This is for reference only and is not a quote. Results vary according to different financial institutions. Mudah.my doesn't guarantee it's accuracy or applicability to your circumstances.