Description
Tanah Pertanian Rezab Melayu diSg Lui Hulu Langat
Tanah pertanian 1.0 ekar rezab Melayu untuk dijual (atau sewa). Jika inginkan 1.5 ekar, ia juga boleh dibincang. Harga yang dimohon adalah berpatutan dan antara yang terendah di Hulu Langat.
Kemudahan/keunikan tanah;
1. Jalan masuk “private access” berpintu pagar. Di dalam plot pertama jalan besar (Jalan Sungai Lui)
2. Kawasan selamat dan dalam suasana kampong. Tanah yang ditawarkan tak pernah banjir. Kawasan subor dan redup.
3. Jambatan kukuh menyeberangi Sg Lui untuk laluan kereta, lori, van dsb. Pembeli boleh menggunakan Sungai Lui mengikut kesesuaian.
4. 1 alor sungai untuk dijadikan kolam takungan air (kegunaan pertanian atau riadah). Air bukit juga boleh didapati.
5. Saluran letrik dan air dari TNB dan Air Selangor (perlu pasang meter sendiri). Beberapa rumpun buloh dan tiga batang pokok durian matang.
Geran akan dipecah utk milik persendirian (susulan process jual-beli tanah). Plot adalah sebahagian daripada tanah berukuran 2.5 ekar.
Tanah landai yang subur; beberapa pokok asal disimpan sebagai teduhan. Kawasan asal (hutan belukar) telah disepara bersih memudahkan pembinaan.