Description
Tanah Status Bangunan Kampung Baru
Tanah Rezab Melayu pegangan bebas yang telah ditukar status kepada Bangunan, terletak di laluan utama Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru. Kawasan ini merupakan antara bandar matang terakhir di pusat KL yang masih menawarkan potensi pembangunan berskala komersial dengan nilai jangka panjang yang kukuh.
BUTIRAN TANAH
• Keluasan: 15,790 kaki persegi
• Status Tanah: Bangunan (Converted)
• Zon: Komersial
• Pegangan: Freehold – Rezab Melayu
• Sekatan / Bebanan: Tiada
• Topografi: Rata
• Akses: Jalan berturap, infrastruktur sedia ada
Tanah ini telah sedia untuk pembangunan tanpa isu asas infrastruktur, menjimatkan masa dan kos awal pemajuan.
LOKASI & NILAI STRATEGIK
• Terletak di jalan utama Jalan Raja Muda Abdul Aziz
• Dalam lingkungan Kampung Baru – KLCC – Jalan Tun Razak
• Jarak berjalan kaki ke MRT / pengangkutan awam
• Kawasan dikelilingi pembangunan sedia ada, hotel, homestay, F&B dan komersial
• Akses terus ke lebuh raya utama dan pusat bandar Kuala Lumpur
Kampung Baru kini berada dalam fasa transformasi bandar, dengan peningkatan minat daripada pemaju, pelabur institusi dan pemilik perniagaan yang mensasarkan lokasi pusat bandar.
POTENSI PEMBANGUNAN
Zon komersial dan status bangunan membolehkan pelbagai konsep dibangunkan, antaranya:
• Bangunan komersial
• Deretan kedai (shoplot)
• F&B outlet / kafe / restoran
• Pembangunan komersial berskala kecil hingga sederhana
Sesuai untuk pemaju yang ingin membina aset pegangan jangka panjang atau pelabur yang mencari tanah Rezab Melayu bernilai tinggi di pusat KL.
KELEBIHAN PELABURAN
• Rezab Melayu Freehold di lokasi pusat bandar
• Status Bangunan – memendekkan tempoh pra-pembangunan
• Zon Komersial di kawasan matang & berpermintaan tinggi
• Nilai tanah Kampung Baru yang konsisten meningkat
• Bekalan tanah seumpama ini semakin terhad
HARGA:
RM15,800,000
(± RM1,001 psf)
📞 Contact for feasibility discussion, master planning & site inspection.