Saya ingin memaklumkan tentang perniagaan untuk dijual .
Harga tawaran 16 juta
Apa yang anda dapat :-
1. Sebidang tanah status pertanian rezab Melayu geran kekal seluas 2.2 ekar . Lokasi di Bangi lama, Selangor
2. Komplek rumah sembelihan lembu lengkap dengan a) ruang pejabat, perabot dan bilik mesyuarat. b) ruang kosong seluas 1200kps c) bilik sejuk beku memuatkan 10 tan carcas d) railing carcas memuatkan carcas 80 ekor lembu e) mesin sembelihan jenis Mark 4 f) kemampuan menyembelih 200 ekor lembu dalam masa 24 jam ( setakat ini yang terbesar di negeri Selangor) g) Rumah pekerja ada 4 bilik tidur . h) stor penyimpanan makanan dan ubatan untuk lembu.
3. Lesen sembelihan PBT Daerah hulu langat dan persijilan HALAL dari JAKIM. Setakat ini hanya tempat ini sahaja yg di iktiraf di Semenanjung Malaysia ( pelanggan sedia ada merangkumi daerah Hulu Langat , Sepang ,Kuala langat dan Gombak dan beberapa daerah lain)
4. Pelanggan sedia ada juga menghantar 400 ke 500 ekor lembu untuk disembelih setiap bulan. Upah sembelihan RM 150 setiap ekor lembu .
5. AP import lembu @unlimited
6. Ruang berbumbung berlantai batu dan tanah untuk feedlot mampu memuatkan 1600 ekor lembu dalam satu-satu masa .
7. Kemudahan akses jalan tar sehingga ke rumah sembelihan .Akses jalan tar yang cukup luas untuk laluan Lori 6 ton yang memuatkan 15 ke 20 ekor lembu boleh sampai terus ke lokasi tanah .
8. Pengalaman syarikat pernah membekalkan daging lembu segar di pasar raya Jusco ,Tesco dan Giant selama 10 tahun.
9. Potensi untuk mencapai ROI kurang dari 3 tahun dengan memanfaatkan sebaik mungkin sumber aset sedia ada , lesen PBT tunggal di daerah hulu langat ,AP import lembu yang tiada had , ruang simpanan lembu hidup dan carcas yang sangat besar , persijilan HALAL , nama baik syarikat di pasaran dan pengalaman syarikat dalam bidang pembekalan.
10. Syarikat juga diaudit setiap tahun .
Pemilik tanah dan perniagaan adalah berbangsa Melayu . Jadi pembeli baru tanah mestilah berbangsa Melayu dan pembeli syarikat sebaiknya yang beragama islam demi untuk menyambung fardhu kifayah membekalkan sumber makanan halal kepada warga yang beragama islam .
Pemilik ingin menjual tanah dan perniagaan ini kerana ingin bersara dan tiada pewaris yang berminat untuk meneruskan legasi perniagaan .
Berminat untuk melawat tapak lokasi boleh hubungi saya
* This is for reference only and is not a quote. Results vary according to different financial institutions. Mudah.my doesn't guarantee it's accuracy or applicability to your circumstances.
* This is for reference only and is not a quote. Results vary according to different financial institutions. Mudah.my doesn't guarantee it's accuracy or applicability to your circumstances.