Description
Tanah untuk disewa - Raub, Pahang (1 jam 15 minit dari KL)
TANAH ±2 EKAR UNTUK DISEWA – RAUB, PAHANG | PERTANIAN / RETREAT / NATURE PROJECT
📍 Lokasi: Jeram Bangkin, Raub, Pahang
📐 Keluasan: ±2 ekar / 2 lot
💰 Kadar sewaan bermula RM1,100 sebulan (Jika kegunaan persendiri dan bermula RM2000 untuk komersial)
SEPANJANG TANAH ADA SUNGAI YANG BERSIH DAN CANTIK
Tanah untuk disewa di lokasi yang dikelilingi suasana alam semula jadi dan berhampiran sungai, sesuai untuk individu, pengusaha atau pihak yang mempunyai idea untuk membangunkan projek berskala kecil hingga komersial.
Antara cadangan penggunaan yang boleh dipertimbangkan:
🌱 Projek pertanian / agro komersial
🌿 Nursery atau tanaman pelbagai jenis
🏕️ Private campsite / nature campsite
🌳 Private retreat / nature retreat
🧘 Healing / wellness retreat
🌿 Tempat rehat, rekreasi & nature getaway
🏡 Kabin / glamping konsep alam semula jadi (tertakluk kepada kelulusan dan persetujuan pemilik)
🎪 Aktiviti outdoor, team building atau program komuniti
💡 Atau apa-apa cadangan projek lain yang bersesuaian dengan keadaan dan lokasi tanah
Kelebihan lokasi:
✔️ Keluasan ±2 ekar
✔️ Berhampiran sungai
✔️ Bekalan air dan elektrik tersedia
✔️ Akses kenderaan
✔️ Sesuai untuk konsep pertanian atau projek berasaskan alam semula jadi
✔️ Berpotensi untuk projek jangka sederhana/panjang
SYARAT SEWAAN
💰 Sewa bermula RM1,100/bulan
Kadar sewaan dan terma akhir boleh dibincangkan berdasarkan jenis, skala serta cadangan penggunaan tanah.
Pemilik terbuka menerima cadangan daripada penyewa yang mempunyai idea projek yang sesuai.
Sebarang pembinaan, struktur kekal/separa kekal, kerja tanah, pemasangan kemudahan atau perubahan kepada keadaan asal tanah hendaklah mendapat persetujuan pemilik terlebih dahulu.
Penyewa juga bertanggungjawab memastikan projek yang dijalankan mematuhi keperluan pihak berkuasa dan mendapatkan permit/kelulusan yang berkaitan jika diperlukan.
Kerjasama / JV juga boleh dipertimbangkan untuk cadangan projek tertentu yang mempunyai potensi dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.