Description
Teres 2 tingkat Corner Lot Taman Sutera Raub
Rumah belum pernah didiami. Luar rumah sentiasa dijaga. Dalam rumah sentiasa terjaga.
20’ X 75’ Double Storey Terrace House
2239 square fit (land size)
Hak milik kekal
Rumah masih sama keadaannya seperti masa dibeli. Tidak pernah di renovate. Mempunyai 4 bilik tidur, 4 tandas, ruang tamu sebelah bawah dan ruang famili sebelah atas serta dapur.
Satu bilik di bawah dan 3 di sebelah atas termasuk Master Bedroom dan 2 bilik lain. Setiap bilik mempunyai tandas sendiri.
Rumah sudah ada wiring tapi belum dipasang lampu, kipas, aircond, water heater dan sebagainya. Sudah ada point untuk pemasangan lampu, kipas, Aircond dan water heater.
Rumah berhampiran dengan UITM Raub, Hospital, klinik, Pasar besar, pasar raya, kedai makan, petrol pam, farmasi dan sebagainya.
Kesemua kemudahan jaraknya antara 2 ke 6 kilometer sahaja dengan waktu sekitar 5 ke 10 minit untuk ke setiap tempat tersebut.
Taman ada guard jaga pada sebelah malam. Jiran sebelah dan depan rumah telah mendiaminya.
Harga boleh negociate