Welder / Helper

List-ID: 11637165624 Nov 11:27

Job Description

JAWATAN: WELDER / HELPER

SKOP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

- Melaksanakan kerja-kerja kimpalan (welding) dan fabrikasi besi bagi pembuatan gate, awning, grill dan struktur besi lain.
- Melakukan kerja-kerja cutting, grinding, drilling, fitting dan pemasangan komponen besi mengikut keperluan projek.
- Membantu menyediakan bahan, material, peralatan dan mesin yang diperlukan bagi kerja fabrikasi dan pemasangan.
- Melaksanakan kerja mengikut arahan, spesifikasi dan keperluan projek yang ditetapkan.
- Membantu kerja-kerja pemasangan (installation) di tapak projek (site) apabila diperlukan.
- Menjalankan tugas di bengkel (workshop) dan di tapak projek mengikut keperluan operasi syarikat.
- Mengangkat, memindahkan, menyusun dan mengendalikan material serta peralatan kerja.
- Memastikan hasil kerja kemas, berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
- Memastikan kawasan kerja, peralatan, mesin dan material sentiasa bersih, kemas dan teratur.
- Mematuhi arahan penyelia serta prosedur keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditetapkan oleh syarikat.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan seperti yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

SYARAT DAN KEPERLUAN:

- Bagi jawatan Welder, calon mestilah mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja welding dan fabrikasi.
- Pengalaman dalam pembuatan gate, awning, grill atau struktur besi adalah satu kelebihan.
- Kebolehan membaca lukisan teknikal (drawing) tidak diwajibkan, namun calon mestilah bersedia untuk belajar, memahami dan mengikuti arahan kerja yang diberikan.
- Bagi jawatan Pembantu Workshop (Helper), pengalaman kerja tidak diwajibkan dan latihan akan diberikan.
- Bersedia untuk bekerja di bengkel dan di tapak projek apabila diperlukan.
- Mampu melakukan kerja fizikal serta bekerja di persekitaran luar (outdoor) dan dalam keadaan cuaca panas.
- Rajin, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai sikap ingin belajar.
- Mampu bekerja secara individu mahupun dalam kumpulan.

Job Details

Job Info & Requirement
Contract TypeFull-time
Job TypeNon-Executive
Experience Level< 1 year, 1-3 years
Job CategoriesManufacturing
Language RequiredBahasa Malaysia
Nationality PreferredAll Nationalities
Gender PreferredMale Only
Own TransportNone
Salary & Other benefits
SalaryRM 1,700 to RM 4,500 per month
Other Benefit (Optional)FAEDAH & KEMUDAHAN PEKERJA (OTHER BENEFITS) - Kemudahan penginapan (hostel) disediakan bagi pekerja yang memerlukan. - Elaun makan disediakan apabila menjalankan tugasan di luar (site). - Kenderaan syarikat disediakan untuk urusan perjalanan ke tapak projek. - Boleh advance

Do you find this ad suspicious or inappropriate?

Report this ad (List-ID: 116371656)

Is this your ad? Manage it using these links.