DETAIL MOTOSIKAL
Model: Yamaha LC135 V4
Tahun: 2017
Warna: Biru Monster
Keadaan Motosikal
Enjin original, tidak pernah dibuka atau diusik.
Motosikal standard, tidak pernah diubah suai.
Boleh terus membuat proses tukar nama pada bila-bila masa.
Mileage tidak pasti kerana meter pernah ditukar.
Kekurangan
Spring brek kaki putus. Brek masih berfungsi, namun selepas ditekan pedal perlu dicungkil semula kerana spring perlu diganti.
Lampu hadapan (headlamp) tidak berfungsi.
Cakera (disc) brek hadapan sudah haus dan berbunyi ketika membrek, namun masih boleh digunakan. Disyorkan ditukar apabila berkesempatan.
Lampu signal sebelah kiri tidak menyala.
Meter minyak tidak tepat. Paparan meter menunjukkan penuh walaupun tangki tidak penuh. Anggaran bacaan:
Hilang 1 bar = minyak hampir habis.
Hilang 2 bar = hampir E (Empty), disarankan isi minyak dengan segera.
Sejarah Kemalangan/Jatuh
Pernah terjatuh dua kali ketika motosikal diparkir.
Pernah terjatuh sekali ketika menunggang pada kelajuan perlahan akibat jalan licin.
Harga: Harga mati (tidak boleh dirunding).