Kamal & Kamal Pest Control ialah sebuah syarikat perkhidmatan profesional kawalan serangga dan makhluk perosak. Syarikat telah ditubuhkan semenjak 13 April 1985 dan beroperasi di 9 cawangan di seluruh Malaysia dan mempunyai hampir 150 pekerja. Syarikat diiktiraf pensijilan ISO 9001, 45001 & 14001 oleh SIRIM.
Penerangan kerja:
1. Melaksanakan kerja kawalan serangga seperti lipas, semut, tikus, nyamuk dan lain-lain mengikut SOP dan kehendak pelanggan.
2. Menjalankan tugasan harian dan memastikan kerja siap mengikut jadual.
3. Hadir ke tempat pelanggan tepat pada waktu dan menjaga disiplin.
4. Memastikan perjalanan kerja dalam keadaan terkawal dan teratur, kelengkapan peralatan kerja dan bahan-bahan kimia sentiasa mencukupi dan dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
5. Memastikan kenderaan dan semua peralatan kerja di bawah tanggungjawab diselenggara, di simpan serta digunakan sebaiknya dan sentiasa dalam keadaan bersih dan memuaskan.
6. Menjaga ciri-ciri keselamatan harta-benda, manusia, diri sendiri dan haiwan yang perlu diambil kira.
7. Selesai kerja - peralatan hendaklah dibersihkan, lebihan bahan kimia hendaklah disimpan ditempat asal dan rekod segala butiran yang diperlukan selengkapnya.
8. Compliance to MS ISO 9001 System ā isi borang-borang tertentu dan menghadirkan diri ke mesyuarat dan semua aktiviti dan program yang dianjurkan oleh Syarikat.
9. Menghadiri sesi Latihan yang telah disediakan samada di bawah anjuran Syarikat atau Agensi Luar seterusnya mengaplikasi serta menyampaikan ilmu pengetahuan kepada staff yang berkaitan.
10. Compliance to HSE requirements and procedures at all times.
11. Memahami dan mematuhi semua perkara yang terkandung di dalam Buku Panduan Pekerja.
12. Lain-lain tugasan.
Kriteria:
- Bertanggungjawab & mematuhi peraturan.
- Sihat fizikal & mental serta mampu kerja lasak.
- Mampu kerja lebih masa & luar kawasan.
- Pandai urus masa dan ikut arahan.
Syarat kerja:
ā
ļøMemiliki lesen memandu D.
ā
ļøLelaki berumur 18 - 45 tahun.
ā
ļøBebas dadah dan alkohol.
Tawaran gaji:
Kontrak: 3 Tahun (Komited sehingga tamat tempoh kontrak. Jika gagal, penalti dan tuntutan ganti rugi akan dikenakan)
Gaji Permulaan: RM1,700.00
Sah Jawatan (3 Bulan): RM1,800.00
Bayaran gaji setiap 1 hb
Hari & Waktu Syarikat Beroperasi:
Ahad - Khamis : 8.30am - 5.30pm
Sabtu : Standby (Jika ada)
*Kerja Lebih Masa RM300.00 - RM400.00 sebulan dan akan dibayar pada 7hb setiap bulan.
Tarikh Temuduga akan dimaklumkan pada calon yang disenarai pendek.
Alamat Pejabat:
Lot 9283, Tingkat Bawah, Jalan Kemaman-Dungun, 24300 Kerteh, Terengganu.
Telefon: 09.826 1595
Jika berminat dan memenuhi kelayakan, sila emel resume ke hr@kamalandkamal.com dan hubungi segera 019.392 3992.