📍 Lokasi: Desa Pinggiran Putra (Berhampiran Putrajaya & Dengkil) 💰 Gaji: RM1,700.00 + OT (Jika Perlu) 🎓 Kelayakan: Lepasan SPM atau Fresh Graduate dialu-alukan!
Kami mencari individu yang rajin dan bermotivasi untuk menyertai pasukan kami. Jika anda sedang mencari peluang untuk membina kerjaya dan menimba pelbagai pengalaman pejabat, ini adalah tempat yang sesuai!
Skop Kerja:
1. Pengurusan Admin: Menguruskan filing, surat-menyurat, permohonan online, melengkapkan dokumen tender, dan mengemas kini status projek semasa.
2. Sokongan HR: Membantu memantau dan memasukkan data kedatangan (key-in attendance), membantu penyediaan payslip / PV gaji, serta menguruskan OT pekerja.
3. Sokongan Akaun: Membantu memasukkan data Invois Belian (Purchase Invoice) dan menguruskan resit-resit syarikat.
4. Sokongan Safety: Membantu urusan berkaitan Keselamatan (Safety) jika diperlukan, serta lain-lain tugasan am pejabat.
Syarat Kelayakan:
Boleh menggunakan asas komputer (Microsoft Word & Excel).
Sudi belajar benda baharu dan boleh memberikan komitmen yang baik.