ISBN: 9789670372396
Pub: Jabatan Muzium Malaysia
Author: Zamrul Amri bin Zakaria
Year: 2020
Stock: 2
Buku Aplikasi Preventif Dalam Penjagaan Koleksi Artifak ini diterbitkan atas kesedaran betapa kurangnya bahan-bahan rujukan dan penulisan dalam aspek pemeliharaan dan pelestarian khazanah warisan negara. Buku ini mengandungi 9 bab yang mengupas pelbagai persoalan dan permasalahan dalam aspek penjagaan koleksi artifak berdasarkan kepada pemerhatian dan penelitian penulis yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang konservasi artifak di Jabatan Muzium Malaysia. Kandungan buku yang berinformatif dan berilustratif serta diolah dalam bahasa yang mudah, menjadikan buku ini amat sesuai untuk semua golongan pembaca. Buku ini juga wajib dimiliki oleh semua profesional muzium di Malaysia kerana ia merupakan satu buku panduan yang lengkap bagi mengurus koleksi artifak di muzium berpandukan amalan terbaik konservasi preventif.