Gambaran Keseluruhan (Overview)
iPad 11 inci kini lebih berkuasa berbanding sebelum ini dengan cip A16 yang sangat pantas, paparan Liquid Retina, kamera canggih, Wi-Fi 6 berkelajuan tinggi, penyambung USB-C serta berwarna Pink. iPad menawarkan cara yang hebat untuk berkarya, kekal berhubung dan menyelesaikan tugasan.
Ciri-ciri (Features)
Paparan Liquid Retina 11 inci : Paparan Liquid Retina yang menakjubkan sesuai untuk menonton filem atau melukis karya anda. True Tone melaraskan suhu warna mengikut persekitaran bagi keselesaan mata dalam apa jua pencahayaan.
Prestasi dan Storan : Cip A16 yang sangat pantas memberikan peningkatan prestasi untuk aktiviti harian anda. Dengan bateri tahan sepanjang hari, iPad sesuai untuk permainan intensif serta suntingan foto dan video. Storan 256GB.
iPadOS + Aplikasi : iPadOS menjadikan iPad lebih produktif, intuitif dan serba boleh. Jalankan pelbagai aplikasi serentak, gunakan Apple Pencil untuk menulis dalam mana-mana medan teks dengan Scribble, serta edit dan kongsi foto dengan mudah. Stage Manager memudahkan multitasking dengan aplikasi bertindih yang boleh diubah saiz serta sokongan paparan luaran. iPad turut dilengkapi aplikasi penting seperti Safari, Messages dan Keynote, serta lebih sejuta aplikasi lain di App Store.
Kamera Canggih : iPad dilengkapi kamera hadapan 12MP Center Stage yang sesuai untuk panggilan video dan swafoto. Kamera belakang 12MP Wide pula sesuai untuk imbasan dokumen serta rakaman foto dan video 4K.
Sambungan Wi-Fi Pantas : Wi-Fi 6 memberikan akses pantas kepada fail, muat naik dan muat turun, serta penstriman lancar rancangan kegemaran anda.
Buka Kunci dan Bayar dengan Touch ID : Touch ID terbina pada butang atas, membolehkan anda membuka kunci iPad, log masuk aplikasi dan membuat pembayaran dengan selamat melalui Apple Pay.
Dalam Kotak (In The Box)
iPad
Kabel pengecas USB-C
Penyesuai kuasa USB-C 20W