Assistant Teacher @Pembantu Guru PLAYSCHOOL S.ALAM
List-ID: 11461947213 May 12:38
Job Description
Anda suka menjaga bayi dan/atau kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah? Ingin menimba pengalaman dan mengembangkan peluang kerjaya di dalam bidang asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak?
Jika YA, kami mempelawa calon-calon yang berminat untuk SEGERA mengisi jawatan Pembantu Guru / Assistant Teacher di Bungaraya Playschool Shah Alam (Seksyen 2) dan Bungaraya Playhouse (Bukit Jelutong).
-BIDANG TUGAS- 1. Membantu menyedia, memperlengkap dan mengemas bahan-bahan pengajaran serta alat bantu mengajar yang sesuai dengan umur kanak-kanak di Playschool/Nursery. 2. Membimbing, mengasuh, memeriksa/memantau tahap kesihatan, mencegah penyakit, memberi perlindungan dan bantuan ketika kecemasan kepada kanak-kanak di Playschool/Nursery. 3. Memerhati, menilai dan mencatat kemajuan dan perkembangan kanak-kanak di Playschool/Nursery. 4. Menyusunatur, memantau dan mengambil bahagian dalam aktiviti / riadah bersama kanak-kanak. 5. Menjaga disiplin kanak-kanak pada setiap masa dengan penuh kasih sayang. 6. Membantu menyediakan dan memberi makanan untuk kanak-kanak di Playschool/Nursery. 7. Menjalankan tugas-tugas kebersihan dan sanitasi secara rutin di Playschool/Nursery serta lain² tugas yang berkaitan. 8. Bekerjasama dengan kakitangan lain serta ibu bapa untuk membantu dalam perkembangan kanak-kanak. 9. Mengambil bahagian dan menyumbang dalam mesyuarat kakitangan, mesyuarat ibu bapa, latihan dalam perkhidmatan, hari terbuka, pengedaran risalah dan lain-lain aktiviti / tugas berkaitan. 10. Menjaga kerahsiaan perkembangan dan maklumat sulit setiap kanak-kanak.
============================================= NOTA: Posisi 'Full-time' & 'Part-time' ada di premis kami =============================================
Kepada yang berminat, sila e-melkan resumé / CV ringkas beserta gaji yang dipohon ke , atau hubungi/SMS/Whatsapp talian berikut:
(Puan Mazlin) (Encik Idwal)
Untuk maklumat tambahan taska, sila layari: https://www.fb.me/bungarayaplayschool https://www.fb.me/bungarayaplayhouse
Job Details
Job Info & Requirement
Contract Type
Contract
Job Type
Non-Executive
Experience Level
< 1 year, 1-3 years, 3-5 years, 5-10 years
Job Categories
Education/Training
Minimum Education Required
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), atau Sijil Kemahiran MARA
Kelebihan diberikan kepada:
- Sijil / Diploma KAAK / KAP.
- Sijil Pertolongan Cemas & CPR
Tidak wajib:
- Bertutur selain Bahasa Melayu
Language Required
English, Bahasa Malaysia
Nationality Preferred
Malaysians Only
Gender Preferred
Female Only
Own Transport
None
Salary & Other benefits
Salary
RM 1,700 to RM 2,000 per month
Other Benefit (Optional)
1. Kemudahan Rumah kediaman.
2. Makan dan minum disediakan (waktu operasi).
3. Program Latihan Staf - Peluang dalam peningkatan gaji/kerjaya.
4. Caruman KWSP dan SOCSO disediakan (untuk jawatan tetap).
5. Peluang OT (Overtime), cuti tahunan, manfaat perubatan dan lain² elaun.
6. Uniform disediakan.
Kami merupakan Pusat Jagaan Kanak-kanak dan Nurseri, menawarkan perkhidmatan penjagaan bayi dan kanak-kanak (dari umur 2 bulan sehingga 4 tahun) dalam persekitaran yang selamat, sihat dan ceria.