Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pengumpul seni, peminat kraf warisan, dan sahabat aquascape/landscape mewah.
Untuk dilepaskan, sepotong BAHAGIAN AKAR daripada kayu teras purba gred koleksi tertinggi yang penuh dengan nilai sejarah semula jadi. Buktinya bukan rekaan, tetapi kualiti.
📜 SEJARAH & LATAR BELAKANG POKOK:
(CENGAL EMAS TANDUK BATU)
• Anggaran Usia Hidup: Mengambil masa hampir 100 TAHUN hidup di alam liar untuk mematangkan sel teras kayu ini.
• Proses Pengeringan Alami: Pohon ini telah mati tegak dan kering secara semulajadi selama 11 TAHUN terjemur hujan panas. Seluruh kayu gubal luar yang lembut habis terkikis, meninggalkan kayu teras utama yang tersangat padat, stabil, dan bebas daripada risiko meleding atau mengecut.
⚒️ PELBAGAI FUNGSI & KEGUNAAN UTAMA:
• Bahan Kraf Warisan Premium: Sangat diburu oleh tukang untuk dijadikan Hulu & Sarung Senjata Tradisional (Keris/Parang Adat), Mata Tasbih Premium, Cincin Kayu, atau hulu pisau eksklusif kerana kontras corak Merah-Kuning yang memukau.
• Seni Landskap / Interior Mewah: Sangat gah dijadikan arca hiasan laman banglo, hiasan ruang tamu, atau tapak arca seni antik.
• Masterpiece Aquascape (Kayu Hanyut): 100% tenggelam air seperti batu tanpa perlu pemberat, tidak mereput, dan tidak merosakkan pH air akuarium gergasi.
• Khasiat 'Laru' Tradisional: Serpihan kayunya kaya dengan damar antiseptik kelat yang digunakan orang lama sebagai pengawet nira semula jadi.
💰 HARGA MARHAEN / HARGA JUALAN:
• RM 333.00
📦 URUSAN PENGERAHAN & COD:
• Pos Laju / J&T: Boleh diuruskan. Kos postage ditanggung sepenuhnya oleh pihak PEMBELI.
• C.O.D (Cash on Delivery): Area Perak sahaja melibatkan kawasan: 📍 Batu Gajah 📍 Simpang Pulai 📍 Gopeng 📍 Ipoh.
Barang rare sebegini bukan selalu ada. Sekali terlepas, nak tunggu pokok usia 100 tahun mati kering 11 tahun lagi memang ambil masa seumur hidup. Siapa cepat dia dapat!
Chat saya terus untuk lock khazanah bahagian akar ini. Terima kasih!